Isnin, 16 Disember 2013

Subhanaallah - Kucing Mintak Maaf

Semalam adalah hari Ahad. Kebiasaanya abang ngah cuti tidak bekerja selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu abang ngah pergi ke Port Dickson, tengoh anak yang sedang menjalani praktikal perhotelan dan selepas itu pergi ke Melaka tengok adiknya yang sedang belajar di sebuah kolej. Jadi pada hari Ahad tidak pergi kemana-mana, jadi abang ambil kesempatan untuk membersihkan rumah membuang habuk-habuk dekat kipas dan siling rumah. Penat juga rasanya kena panjat menggunakan tangga. Setelah hampir dua jam turun naik turun naik semuanya siap. Jadi abang ambil masa untuk berehat di kerusi sambil tengok tv.

Pada masa itu kucing-kucing abang ngah iatu Kelie, Tommy dan Jimie bermain sambil bekejar-kejar & melompat sesama sendiri kesana kesini dengan sukanya. Tiba-tiba 'railing'  tempat mengantungkan langsi tingkap tercabut. Dengan serta semerta semua kucing abang ngah diam dan bersembunyi. Dalam hati mengucap panjang dan berkata 'laa kucing-kucing ni buat hal lagi.' Apa lagi abang ngah pun terus pergi ambil tangga dekat stor dan panggil isteri untuk meminta tolong. Kemudian si ibu 'Kelie' pun bangun dan mengikut belakang abang ngah seolah-olah nak tolong sama. Dari tadi lagi abang ngah membersihkan kipas, ia turut sama teman.

Sepuluh minit kemudian, abang ngah pun siap membaiki 'railing' yang tercabut dan terus menyimpan perkakasan yang digunakan. Tiba-tiba Tommy melompat atas kerusi (abang ngah berdiri sebelahnya) terus menarik tangan abang ngah dengan perlahan dan terus mengigit dengan manja seolah memohon maaf keatas kesalahan yang mereka buat tadi. Ibu kucing (Kelie) tengok saja seolah-olah susah hati. Maklumlah anak-anak mereka nakal sangat. SUBHANALLAH rasa sebak dada abang ngah melihat kejadian itu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan