Selasa, 19 Julai 2011

Kisah kereta terbang (The flying car)

Artikel ini dah lama abang ngah nak tulis cuma tunggu masa saja yang sesuai untuk dipaparkan. Ceritanya pasal 'Kereta Terbang'. Kereta Terbang ni bukanlah seperti kita telah tengok bro-bro kita pasang air-spoiler pada atas bonet kereta mereka, macam nak terangkat bila pandu laju. Minta maaf ya cik abang cik abang. Tetapi ini betul real punya.  Dalam internet setahun lalu telah tersiar berkenaan Kereta Terbang akan menjadi kenyataan pada masa akan datang. Pihak berkuasa The Federal Aviation Administration (FAA) telah memberi kelulusan kepada Terrafugia's Transistion, flying car atau "roadable aircraft".

Genap setahun pada hari ini telah tersiar pada dada akhbar utama bertajuk "Kereta terbang jadi realiti". Kereta terbang ini mempunyai 2 tempat duduk yang nilainya 155,000 pound (RM752,021) dan boleh meluncur laju maksimum 184km sejam. Kereta ini boleh di lipat sayapnya dan isi minyak dekat pam minyak biasa.

Nampaknya selepas ini pemain-pemain industri kereta diserata dunia akan berlumba-lumba untuk mendapatkan atau mereka cipta teknologi kereta masa depan ini. Lambat laun teknologi ini akan akan menjadi satu trend dan sampai juga ke Malaysia. Bila ciri-ciri kereta terbang ini bertambah maju dengan pemasang sistem enjin anti graviti yang lebih ringan dan bahan api yang sesuai harganya akan bertambah murah serta dijual secara besar-besaran.
Ini mungkin tidak mustahil seperti yang kita telah lihat dalam filem fiksyen Star Wars.

Untuk kongsi cerita bersama kereta terbang ini telah dicipta sejak beribu-ribu tahun dahulu iaitu zaman Nabi Noh a.s seperti yang dipaparkan laman blog sahabat kita iaitu saudara zharifalimin. Jika ini adalah benar bermakna Allah swt telah memberi kita peluang sekali lagi kepada saintis-saintis dengan memberi ilham untuk membangunkan teknologi ini setelah ia musnah dalam kejadian banjir besar seperti Tsunami masa zaman Nabi Noh a.s.

Agak-agaknya macam mana nanti keadaan lalu-lintas di udara nanti bila kereta terbang bersimpang siur diudara nanti pada masa akan datang. Mungkin ada laluan khas untuk mereka dan sistem trafik yang canggih menggunakan lampu laser.

Kalau ada kereta terbang dipasaran Malaysia nanti, terpaksa lah  pemandu pilot menjalani cara pemanduan kaedah terbaru untuk memandu kereta terbang sebab ia meliputi perjalanan jalanraya dan udara.

Senario kereta era sekarang:

Di kompleks beli belah: "Ayang, tolong tengok belakang sikit , abang nak undur kereta ni".

Senario kereta terbang masa depan:

Waktu puncak di pagi hari :"Ayang, tolong tengok sikit kat atas, kita dah nak naik udara ni".

Kesimpulan: Dengan menaiki kereta terbang pergerakan kita akan lebih pantas dari satu tempat ke satu tempat untuk urusan pergi kerja, mesyuarat, seminar, bisnes dan segalanya. Tekan suis aje terus meluncur laju....cuma jangan gayat sudah laa..

Allahu a'lam.

Isnin, 28 Februari 2011

Tentang hobi saya

Kira-kira 30 tahun dahulu masa zaman kanak-kanak, saya suka naik basikal chopper. Basikal ini di beli oleh abah setelah puas pujuk untuk membelinya dengan harga $250. Ringgit Malaysia masa itu belum di perkenalkan lagi. Jadi kita panggil 250 ringgit la. Habis kami pusing-pusing sampai Pantai Lido kat JB atau panggilan sekarang Danga Bay dengan basikal. Selain itu, hobi masa itu sebelah petang habis waktu sekolah saya suka main layang-layang di padang bola. Pada suatu hari sewaktu balik dari latihan sukan saya ternampak sekumpulan orang dewasa sedang bermain kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh. Teruja betul sebab bunyi enjin dan deruman nya berdesing-desing. Masih teringat lagi kapal terbang kawalan jauh ini diperbuat dari kayu yang keras dan menggunakan motor enjin kecil. Timbul pulak minat dalam hati. Tapi apakan daya harganya sangatlah mahal dan tiada yang dijual sais yang kecil-kecil seperti yang terdapat sekarang. Bagaimana pun peredaran zaman telah berlalu tanpa disedari seperti sekelip mata begitu peredaran teknologi semakin maju hasil kajian manusia tak jemu-jemu menciptanya sesuatu yang baru.

Kata orang kalau tak ada hobi terasa boring juga sebab tak ade benda yang nak dibuat waktu lapang. Abang Ngah percaya semua orang mesti ada hobi tersendiri. Hobi yang diceburi seperti tanam bunga, bela ikan dalam aquarium, kumpul setem, memancing, main bot racing dan macam-macam lagi. Untuk menyambung hobi Abang Ngah kira-kira 30 tahun lalu hasil produk-produk yang ada dipasaran, abang belilah mesin RC mana yang termampu, sesuai dengan perkembangan teknologi. Untuk kongsi bersama ini lah koleksi RC yang ada dalam simpanan. Jika rakan atau pembaca-pembaca diluar disana ingin berkongsi hobi anda bolehlah buat ulasan dibawah atau email kan kepada kami beralamat sweetberry38@gmail.com

-------------------------------------------------------------------------------------


Antara koleksi dalam simpanan


German Tiger Tank I















Hovercraft














(RTF) Super Sonic Trainer Plane

















Inilah projek pertama abang ngah  untuk membuat sebuah model kapal terbang kawalan jauh iaitu Sports Trainer Plane. Setelah membuat kajian selidik dan buat carian dalam internet jumpalah laman ini berserta dengan pelan nya sekali. Apa lagi, abang ngah cari bahan Depron (sejenis foam) kat kedai alatulis Pandan Indah dan ikut pelannya yang di bagi. Sedikit demi sedikit jadilah sebuah kapal terbang ini.


Notes: Credit to my friend at : http://www.mikeysrc.com/ for distributing the plan. I enjoy it during building this plane. I wish many thanks, for your useful tips from beginning to the end. (Sekalung budi kepada penulis laman web http://www.mikeysrc.com/, yang bermurah hati menyumbangkan artikel, plan dan video untuk membuat kapal Sports Trainer Plane.)

Akhirnya, abang ngah tengah cari lipo bateri untuk di pasangkan pada kapal terbang ini. Cikgunya dah ada untuk tolong maiden kapal terbang ini.











Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011. Tahun 2010 telah pergi berlalu meninggalkan kenangan manis dan duka. Banyak peristiwa berlaku pada tahun itu. Masa berjalan dengan cepat dan pantas, tanpa kita sedari. Detik 12 malam, abang ngah bersama keluarga sempat menyaksikan pertunjukkan bunga api di taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Ribuan warga kota dan pelawat asing menyaksikan percikan bunga api yang berlangsung selama 10 minit.

Lalu lintas di Kuala Lumpur, biasalah sesak dengan kenderaan walaupun jam menunjukkan hampir 1.00 pagi. Untuk tahun baru 2011 Masehi ini, abang teruskan azam untuk meneruskan khidmat bakti untuk mengedarkan produk goji. Goji Classic, Goji More, Soya Wolfberry dan Cocoa Goji sedia ada untuk dipasarkan. Harga pun boleh tahan dan amat berpatutan. Tanaman goji yang terletak di jendela belakang rumah menunjukkan bunga-bunga goji yang berwarna unggu dan putih masih terus kembang mekar. Abang Ngah telah dapat merasai dua tiga biji buah goji yang segar. Buahnya yang telah masak ranum bertambah besar walaupun pendek sedikit dari buah cili. Abang ngah bercadang untuk menanam lagi pokok goji sehingga mengeluarkan hasil yang memuaskan seperti kita menanam buah lada. Tetapi untuk menanam buah goji, tidak mudah yang disangka. Banyak rintangan dan ancaman yang perlu di hadapi.

Kepada pembaca dan peminat buah goji di Malaysia serta juga rakan-rakan network baik dimana anda berada teruskan usaha murni saudara saudari sehingga berjaya.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun ini membawa kejayaan yang amat memberangsangkan.

Selasa, 14 Disember 2010

Amalan harian

Baru-baru ini, Abang Ngah telah pergi ke majlis konvo anak saudara di Universiti Putra Malaysia. Disana kami dapat melihat ramainya orang menghadiri majlis konvo untuk cucu, anak, suami, isteri, anak buah dan sebagainya untuk mengambil diploma dan ijazah. Kami amat senang hati melihat anak-anak Malaysia semakin maju dalam bidang pelajaran. Semuanya tersenyum dan gembira. Abang Ngah pun menanam cita-cita untuk menghantar anak-anak ke menara gading jika ada peluang atau rezeki suatu hari nanti. Cuaca pada hari itu tidaklah panas, cuma redup saja. Sebahagian ibubapa dan sanak saudara menunggu dibawah khemah atau dibawah pokok besar dengan penuh sabar. Manakala sebahagian lagi hadirin telah memasuki dewan untuk menyaksikan upacara gilang gemilang penyampaian ijazah. Mujur juga ada para peniaga menjual makanan dan minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga.

Sedang kami menanti dibawah khemah, Abang Ngah telah di sapa oleh seorang Pak Cik yang juga sedang menunggu cucunya untuk mengambil ijazah. Kami pun bertukar-tukar bicara dengan bertanya khabar datang dari mana, asal usul, masih bekerja ke dan dsbnya. Pak Cik asal dari Selatan Johor lalu ia bertanya umur saya dan masih berkerjakah saya. Saya memberitahunya, saya ini dalam lewat 50an. Lalu, saya bertanya pula,  berapakah pulak umurnya? Pak Cik suruh saya menekanya, lalu saya meneka dalam 60an. Pak Cik tu tergelak, kerana pada pandangan saya, umurnya masih muda lagi. Jawap Pak Cik, "Umur Pak Cik dah lebih 70an, anak". Lalu terkejut saya."Wah! Pak Cik ni masih nampak muda lagi dan jalan pun masih steady, tiada pakai tongkat. Gaya berjalan pun Pak Cik ni macam orang yang sudah bersara bekerja atau pencen, segak dan bergaya. Sekali pandang macam Tan Sri-Tan Sri atau Datuk-Datuk. Tersenyum Pak Cik itu. Saya orang Kampung saja. Apa rahsia dan amalan Pak Cik? Jawap Pak Cik, "Pagi-pagi setelah bangun pagi Pak Cik ambil air sejuk terlebih dahulu."

Satu lagi amalan Pak Cik ialah mengamalkan minum ekstrak "Goji Yumberry" sejak dua tahun lalu. Tiap-tiap hari ambil 1 sachet untuk buat air. Terkedu betul saya dibuatnya, setelah mendengar penerangan Pak Cik tadi. Dengan serta merta teringatlah saya, al-kisah "Seorang Raja Ningxia dan Seorang Perempuan Muda yang memukul cucunya".

"Ceritanya perempuan muda ini dah berusia ratusan tahun, tapi wajahnya sangat jelita dan muda. Lalu, kebetulan seorang Raja Ningxia dan pengikutnya sedang memburu, terserempak dengan perempuan ini sedang memukul seorang tua. Raja Ningxia ini bertanyalah mengapa ia memukul orang tua itu. Perempuan muda itu menjawap, "orang tua itu adalah cucunya". Raja Ningxia sangat hairan dan bertanya lagi..berapakah umurnya. Perempuan itu menjelaskan, usianya dua ratus tahun lebih. Lantas Raja Ningxia bertanya, apakah amalannya yang membolehkan ia nampak muda dan cergas. Amalannya ada memakan buah Goji segar setiap hari. Dengan segera Raja Ningxia menitahkan supaya rakyat Ningxia mengamalkan memakan buah Goji sejak hari itu. Begitulah ceritanya."

Bagaimana pun kepada semua pembaca blog, harap maaf, kerana saya tidak mengambil gambar Pak Cik itu. Untuk pengetahuan semua, Pak Cik dari Johor ini telah mempunyai seramai 6 orang anak dan 22 orang cucu dan masih lagi  steady hingga sekarang.

Jumaat, 19 November 2010

Hujan turun

Dalam 2 -3 hari ini, hujan, turun dengan lebatnya dibeberapa buah negeri. Pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi banjir bagi kali kedua tahun ini. Sambil membelek-belek laman sesawang terdapat berita yang mengharukan iaitu terdapat segelintir orang yang tidak suka hujan turun sehinggalah mereka membuat 'posting' didalam laman sosial.
Mereka menyatakan 'saya tidak suka hujan', 'saya tidak suka hujan'. Hujan bemaksud membawa air  turun dari langit untuk kegunaan manusia sejagat. Bila air hujan turun, ternakan-ternakan peliharaan, haiwan-haiwan berkeliaran, tumbuhan-tumbuhan akan mendapat faedah dari hujan tersebut. Tidak dinafikan, jika hujan turun dengan lebat sekali akan membawa bencana kepada bumi seperti tanah runtuh dan banjir kilat atau banjir besar. Tetapi bagaimana pula kalau hujan tidak turun untuk beberapa minggu atau bulan. Empangan dan sungai akan menjadi kering kontang. Dengan apa kita hendak minum atau membuat masakan. Adakah kita hendak minum oren tiap-tiap hari. Oren pun diperbuat dengan air dan dicampur dengan pati buah-buahan.
Marilah kita renung sejenak, hujan turun itu adalah rahmat dari Allah untuk hambanya dengan tidak mengira apa agama sekalipun. Kita dibumi Malaysia masih lagi bernasib baik dan bertuah, berbanding dengan jiran tetangga kita disebelah negara dengan gegaran gunung berapi yang berjumlah 19 buah yang masih aktif untuk mengeluarkan lahar yang amat panas. Kalau setakat hujan turun kita masih boleh menggunakan payung untuk kemana tempat hendak ditujui, tetapi bagaimana pula kalau debu dan lahar panas yang turun, dengan apa pula kita kita hendak pakai untuk melindungi diri kita seperti jiran kita yang alami. Fikirkan lah! 

Rabu, 20 Oktober 2010

Buah Goji Segar


Untuk pertama kali dalam seumur hidup, saya dapat merasai kenikmatan buah goji segar yang sebenar. Bukan nya banyak cuma sebiji sahaja. Tinjau punya tinjau dekat tingkap melihat pokok goji kesayangan yang ditanam hampir dua tahun lalu, ternampak sebiji buah goji yang sedang masak ranum. Apa lagi, main kepalang suka nya hati. Setelah disimpan beberapa hari, saya mengambil keputusan untuk memetik buah goji itu. Rasanya manis dan sedap. Harap-harap pokok goji ini dapat mengeluarkan buah yang lebat dilain kali. Yum...Yum...Yum sedapnya. Inilah buah goji yang dimaksudkan...

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya

Saya dengan ini mengambil kesempatan kepada rakan-rakan untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah.
Kalau balik kampung pandulah  kenderaan dengan  berhati-hati.

Makan ketupat & lemang bersama rendang,
Bertakbir, bertasbih, bertahmid, memuji Ilahi di pagi hari raya,
Jikalau ada umur panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi di alam maya.

Kad Ucapan

Balik Kampung



Maaf Zahir & Batin.
Daripada:
Abang Ngah & Keluarga.
Selayang, Kuala Lumpur





HIDANGKAN TETAMU KITA DENGAN
ORGANIC  ROOIBOS TEA
Harga Pelanggan
Organic Rooibos Tea (40 t-bags) - RM19.20 (WM) / RM20.90 (SS)
Organic Rooibos Tea (100 t-bags) - RM41.00 (WM) / RM43.00 (SS)

Hantar sms atau tel: + 6 019-3304618


TAIB ABDULLAH

(Pengedar Health & Builders Membership No:23327)

Daftar sebagai Ahli dan dapatkan diskaun yang hebat!