Jumaat, 19 November 2010

Hujan turun

Dalam 2 -3 hari ini, hujan, turun dengan lebatnya dibeberapa buah negeri. Pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi banjir bagi kali kedua tahun ini. Sambil membelek-belek laman sesawang terdapat berita yang mengharukan iaitu terdapat segelintir orang yang tidak suka hujan turun sehinggalah mereka membuat 'posting' didalam laman sosial.
Mereka menyatakan 'saya tidak suka hujan', 'saya tidak suka hujan'. Hujan bemaksud membawa air  turun dari langit untuk kegunaan manusia sejagat. Bila air hujan turun, ternakan-ternakan peliharaan, haiwan-haiwan berkeliaran, tumbuhan-tumbuhan akan mendapat faedah dari hujan tersebut. Tidak dinafikan, jika hujan turun dengan lebat sekali akan membawa bencana kepada bumi seperti tanah runtuh dan banjir kilat atau banjir besar. Tetapi bagaimana pula kalau hujan tidak turun untuk beberapa minggu atau bulan. Empangan dan sungai akan menjadi kering kontang. Dengan apa kita hendak minum atau membuat masakan. Adakah kita hendak minum oren tiap-tiap hari. Oren pun diperbuat dengan air dan dicampur dengan pati buah-buahan.
Marilah kita renung sejenak, hujan turun itu adalah rahmat dari Allah untuk hambanya dengan tidak mengira apa agama sekalipun. Kita dibumi Malaysia masih lagi bernasib baik dan bertuah, berbanding dengan jiran tetangga kita disebelah negara dengan gegaran gunung berapi yang berjumlah 19 buah yang masih aktif untuk mengeluarkan lahar yang amat panas. Kalau setakat hujan turun kita masih boleh menggunakan payung untuk kemana tempat hendak ditujui, tetapi bagaimana pula kalau debu dan lahar panas yang turun, dengan apa pula kita kita hendak pakai untuk melindungi diri kita seperti jiran kita yang alami. Fikirkan lah!