Jumaat, 20 Disember 2013

Simpanan Dana

Setelah membuat Papan Impian masing-masing tentu ramai tertanya-tanya macam mana kita hendak capai impian tersebut. Ada yang beranggapan mustahil lah dengan sekping kertas kita boleh dapat impian itu. Pernah Anda tak lihat kempen pengiklanan dalam media massa. Kempen itu sangat hebat sehingga mempengaruhi minda separuh sedar kita. Banyak produk yang dipromosi dalam tv meminta kita membelinya melainkan kita tidak berminat kepada produk itu. Hatta seorang kanak-kanak pun yang pernah melihat kempen iklan beberapa kali akan meminta ibu bapa mereka membeli produk seperti yang diiklan dalam tv.

Pertama - tiap-taip hari kita lihat Papan Impian, kita bayangkan seolah-olah kita sudah dapat apa yang kita mahu sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. Kita menjiwai apa yang kita telah targetkan. Carilah bahan bacaan atau layari internet tentang produk itu. Sambil itu kita wujudkan tabung kewangan dan mulalah menabung untuk mencapai impian pertama kita melainkan kita ada duit banyak, boleh terus mendapatkan nya. 

Selasa, 17 Disember 2013

Utamakan Kesihatan

Assalamualaikum kawan-kawan. Inilah Papan Impian pertama Abang Ngah. Impian yang paling utama adalah kesihatan. Tanpa kesihatan yang sihat akan menganggu pergerakan seharian kita. Syukur alhamdulilah, Allah memberikan kesihatan yang baik pada abang ngah dan keluarga. Selepas kita mendapat kesihatan yang baik, kita membuat amalan ibadah dengan sebaik mungkin. Tinggalkan yang mungkar dan membuat apa yang disuruh. Dari situ kita munajat kepadanya, apa yang kita mahu asalkan perkara yang baik-baik. Setakat ini Allah telah perkenankan beberapa perkara apa yang abang ngah inginkan seperti anak lulus dalam peperiksaan dan pergi makan angin bersama keluarga serta dapat beberapa barang kecil yang abang ngah mahu. Untuk impian yang tinggi-tinggi Allah belum perkenankan lagi. Kalau ada rezeki abang ngah akan pergi ke negara Singapura pada tahun 2014 seperti terdapat dalam Papan Impian. Teringin sangat nak melawat Sentosa Island sebab sudah lama tidak kesana. Ini telah pun masuk dalam perbincangan awal dengan seorang kawan ofis yang bekerja di Johor bahru. Dia pun teruja nak pergi bersama bila abang ngah nyatakan hasrat itu. Kepada kawan-kawan yang semakin bertambah untuk melihat blog ini abang ngah mengucapkan ribuan terima kasih. Walaupun berada di alam maya abang ngah, mendoakan anda semua  berjaya dunia, akhirat dan diberi limpahan rezeki. Waasalam.

(Firman Allah swt seperti terdapat dalam Surah Adz-Dzariat Ayat:22-23)

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan terdapat pula apa-apa yang dijanjikan kepada kamu. Maka demi Tuhan di langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti kamu dapat berkata-kata".

To my friends at international cloud thanking you  for visiting my blog. I have learn many things about The Secret from the basic. Thank you so much to all my friend anywhere you are, for sharing and posting all the article about THE SECRET that are very useful for me. At first I'm so scare to take first step. But I start reading, diging and diging. It slowly began changing all my entire life. In Islam thought, we must thinks positive, in what ever situation we are facing for. I'm truly said, to transform our life its not very easy task. But when the first step we take, its will finish at thousand mile stone away. To share with you, I have made a Vision Board for my daughter that is still study at the college. She is very happy with it. I hope it will give fruit full result.


Isnin, 16 Disember 2013

Subhanaallah - Kucing Mintak Maaf

Semalam adalah hari Ahad. Kebiasaanya abang ngah cuti tidak bekerja selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu abang ngah pergi ke Port Dickson, tengoh anak yang sedang menjalani praktikal perhotelan dan selepas itu pergi ke Melaka tengok adiknya yang sedang belajar di sebuah kolej. Jadi pada hari Ahad tidak pergi kemana-mana, jadi abang ambil kesempatan untuk membersihkan rumah membuang habuk-habuk dekat kipas dan siling rumah. Penat juga rasanya kena panjat menggunakan tangga. Setelah hampir dua jam turun naik turun naik semuanya siap. Jadi abang ambil masa untuk berehat di kerusi sambil tengok tv.

Pada masa itu kucing-kucing abang ngah iatu Kelie, Tommy dan Jimie bermain sambil bekejar-kejar & melompat sesama sendiri kesana kesini dengan sukanya. Tiba-tiba 'railing'  tempat mengantungkan langsi tingkap tercabut. Dengan serta semerta semua kucing abang ngah diam dan bersembunyi. Dalam hati mengucap panjang dan berkata 'laa kucing-kucing ni buat hal lagi.' Apa lagi abang ngah pun terus pergi ambil tangga dekat stor dan panggil isteri untuk meminta tolong. Kemudian si ibu 'Kelie' pun bangun dan mengikut belakang abang ngah seolah-olah nak tolong sama. Dari tadi lagi abang ngah membersihkan kipas, ia turut sama teman.

Sepuluh minit kemudian, abang ngah pun siap membaiki 'railing' yang tercabut dan terus menyimpan perkakasan yang digunakan. Tiba-tiba Tommy melompat atas kerusi (abang ngah berdiri sebelahnya) terus menarik tangan abang ngah dengan perlahan dan terus mengigit dengan manja seolah memohon maaf keatas kesalahan yang mereka buat tadi. Ibu kucing (Kelie) tengok saja seolah-olah susah hati. Maklumlah anak-anak mereka nakal sangat. SUBHANALLAH rasa sebak dada abang ngah melihat kejadian itu.  

Isnin, 9 Disember 2013

Lambaian Kaabah II

 Sebelum penutup Tahun Masehi 2013 disini abang ngah ingin berkongsi foto-foto semasa berada
di Tanah Suci Mekkah dan Madinah.
Kota Suci Mekkah
Pintu Masuk Utama Masjidil Haram (Babussalam)

Lagi Menara Jam Mekkah (Waktu Malam)
Kaabah
Menara Jam Mekkah
Menara Masjidil Haram Berlatar belakang Menara Jam (Waktu Subuh)

Menziarah ke Jabbal Rahmah
Kaunter Tanya Jawab  di Jabbal Rahmah
(Sila perhatikan tulisan rumi sebagai satu penghargaan Orang Arab kepada Orang Melayu)
Singgah sebentar kedai runcit sebelah Masjid Hudaibiyah 
Tidak dilupakan singgah di tebing Jabbal Nur
(Diatas sekali terdapat Gua Hira)










Rabu, 4 Disember 2013

Papan Impian - Visi Anda


Tidak lama lagi masuk lah tahun baru 2014. Kebiasaan nya, bila nak masuk tahun baru ini, ramai orang akan bertanya apa azam kita bagi tahun baru ini. Maka terkebil-kebil lah kita nak menjawabnya. Lazimnya kita mula berfikir nak buat itu lah, nak buat ini lah. Bila masuk tahun baru saja, masa mula berjalan detik demi detik. Dari hari tukar ke hari. Bulan tukar ke bulan. Sedikit-sedikit azam yang kita tanam dalam fikiran mula pudar atau hilang satu persatu . Itulah Abang Ngah alami. Syukur alhamdulilah, Allah swt telah memberi ilham setelah menjumpa rahsia untuk menjayakan apa yang kita kehendaki. Untuk permudahkan untuk mencapai apa impian yang diingini, Abang Ngah telah sediakan satu Papan Impian (Vision board) apa yang Abang Ngah kehendaki. Orang-orang kaya dan berjaya telah mengunakan teknik ini sejak sekian lama.

Pada Papan Impian itu, Abang Ngah letakkan gambar dan di hayati setiap hari. Contoh Abang Ngah nak beli sebuah kereta. Maka Abang Ngah lekatkan gambar sebuah kereta idaman dan di tampal pada kadboard tadi. Kadboard mengandungi gambar kereta ini, abang ngah melihatnya setiap hari sambil seolah-olah abang Ngah bayangkan sudah mendapat kereta tadi sambil mengucap syukur alhamdulilah. Dari saat ini minda gelombang otak kita akan mula berkerja bagaimana untuk mendapatkan kereta tadi dengan syarat bersabar dan bekerja bersungguh-sungguh mendapatkannya.

Ayuh, mulakan buat satu Papan Impian untuk Anda, nak melancong, berkahwin, beli smartphone, jam tangan, kasut berjenama, Android, Power Bank dan lihatlah keajaiban akan berlaku asalkan bersabar, bertawakal dan bekerja bersungguh-sungguh.

Sekian selamat mencuba asalkan tidak cepat berputus asa. Pasti Anda meloncat kegembiraan setelah mendapat apa yang di idamkan selari apa yang ditulis dalam Papan Impian.



Buah Goji

Saya sering mendapat pertanyaan dari peminat buah goji bertanyakan dimana boleh saya mendapat bekalan goji ini dipasaran tempatan. Buah goji sering disebut oleh orang cina sebagai 'kee-chee'. Buah goji boleh dimasak dalam sup sayur dengan dicampur sedikit buah goji. Goji juga boleh di blend dengan dicampur beberapa ketulan buah epal hijau untuk dibuat sebagai jus minuman dan diletakkan dengan beberapa ketulan ais. Balik kepada soalan dimana boleh dapat buah goji, buah goji kering boleh dibeli di pasaraya. Anda cari lah goji yang diletakan di rak-rak herba dengan label kadang-kadang di tulis label dengan perkataan 'kee-chee'.

Sekian. Semoga Anda berjaya mencari buah Goji.

Kuching


Hi! Ketemu kembali. Lama juga saya tidak buat posting dalam blog ini sejak balik dari Mekkah. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang saya lalui. Ada yang suka dan tidak kurang juga yang duka. Kali ini saya buat posting yang pendek-pendek saja. Tajuk kali ini adalah kuching kesayang saya. Namanya Chomel. Tapi lama-lama kami panggil saja Omei sebab dia sudah besar. Omei kami jumpa di depan pintu pagar rumah pada jam 12.00 tengah malam masa dua tahun yang lepas. Turun dari kereta kami terdengar bunyi kuching mengiau-giau, lalu kami mencari dimana suara itu. Cari punya cari terjumpalah Omei di dalam parit. Saya berkata pada isteri, "kesian nya" lalu kami letaknya di depan pintu dan terus masuk rumah. Pada keesokan harinya kami buka pintu, ternampaklah Omei didepan muka pintu menunggu dengan setianya. Alangkah terkejutnya kami, lalu kami membawanya masuk rumah. Sejak hari itu, Omei menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Kegemaran Omei adalah makan roti blue berry, dodol selain makan nasi dan ikan. Kalau kami pergi ke pasar, tidak lupa kami belikan ikan dan roti blue berry di stesyen minyak. Omei sangat garang tetapi manja. Dia suka tengok tv. Rancangan kegemaranny adalah cerita kartun Tom & Jerry. Pada satu hari, Rancangan Master Chef  Siri kedua episod terakhir sedang berlangsung, beria-ia ia tengok tv. Mainan kegemaran nya adalah kereta kecil kawalan jauh. Itulah cerita serba sedikit tentang Omei. Tetapi kini Omei telah "pergi" untuk selama-lama nya sebab sakit. Puas kami hantar dia berubat, tapi doktor kata penyakit kuching itu, setakat ini belum ada ubat lagi. Tidak perlulah saya sebutkan apakah penyakit itu.  Selama dua minggu keluarga kami diselebungi kesedihan. Selang dua minggu Omei pergi, Tuhan telah hantar tiga ekor kuching lagi untuk pengubat rindu. Satu ibu dan dua anak kuching. Namanya Kelei, Tommy dan Jimie. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami hantar ketiga-tiga ekor kuching ini ke Klinik untuk ambil suntikan disambil kami sapukan Magnetic Oil sebab orang cakap bila disapu di telinga, kuching akan cergas dan diletakkan juga dua-tiga biji buah goji kering dalam minuman. Gambar diatas adalah gambar kenang-kenangan Omei sedang dipeluk oleh anak perempuan saya.

Sekian, bye.




Isnin, 22 April 2013

Lambaian Kaabah

Nun disana, sebaik saya melangkah masuk dalam Masjidil Haram, terpampang Kaabah, tempat kiblat umat Islam mengerjakan solat fardu lima waktu sehari semalam. Tak sabar sabar rombongan kami untuk melakukan rukun umrah yang dipimpin oleh seorang mutawif dari Indonesia. Subhanallah, Maha Suci Allah, sebak dada kami, kerana tidak terpikir selama ini, yang saya akan menjejak kaki di rumah Allah ini. Bulan Mac tahun masehi 2013 akan di kenang seumur hidup. Sepanjang hayat, saya cuma dapat bersolat di rumah, surau atau masjid-masjid berpandu arah kiblat. Dalam hati saya cukup malu pada Allah, kerana banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan. Namum rahmat Allah amatlah luas. Ia amat pengampun dan amat pengasih kepada hamba-hambanya. Ia masih sudi menjemput aku untuk menjadi tetamunya dan beribadat dirumahnya. Ya Allah ampun lah dosa-dosa ku yang selama ini yang telah aku lakukan. Dengan berbekalkan duit gaji untuk buat belanja, bagai tidak percaya yang aku telah menjejak kaki di Tanah Suci ini. Ini semua disebabkan doa yang dimakbulkan setelah ku panjatkan selepas menunaikan solat fardhu dan solat Dhuha. Ya Allah betapa cepatnya kau makbulkan doa ku untuk hasrat ke Tanah Suci ini. Terima kasih Ya Allah. Sekarang, aku bertambah yakin, yang engkau akan mengkabul doa-doa yang baik dari hamba-hambanya, cuma tunggu masa dan ketikanya.
 

Walaupun penat perjalanan kami mengambil masa hampir 8 jam 40 minit dari Lapangan Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang King Aziz di Jeddah, itu semua tidak mematahkan semangat kami. Ini belum termasuk mengambil masa untuk urusan pemeriksaan pasport di Imigresen Jeddah, tunggu bas, naik bas untuk perjalanan ke Hotel. Kebetulan pada hari kami mengerjakan umrah adalah hari Jumaat. Bila menandakan waktu solat Fardhu Jumaat akan masuk, azan pun berkumandang dengan syahdu. Kami pun berhenti seketika untuk menghormati waktu Jumaat dan mengambil saf. Nah, sekali lagi untuk pertama sekali seumur hidup, kami bersolat untuk Fardhu Jumaat betul-betul dihadapan Kaabah. Tidak saya lupakan, menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada kedua ibubapa aku yang telah kembali ke rahmatullah. 

Selama di Mekkah dan Madinah, masa kami sangat padat dengan aktiviti melakukan ziarah di banyak tempat peristiwa dizaman kebangkitan Islam seperti Bukit Jabbal Nur tempat persembunyian Rasullulah dan Syaidina Abu Bakar dari kaum kafir Quraish, Jabbal Rahmah tempat pertemuan Siti Hawa dan Nabi Adam yang terpisah selama 40 tahun setelah diturunkan dari Syurga, Padang Arafah tempat berkumpulnya Jemaah Haji, Masjid Hudaibiah tempat perjanjian antara Orang Islam dan Kafir Quraish, Bir Ali tempat Miqat paling hampir dengan Makkah untuk orang yang ingin menunaikan Umrah dan juga Bukit Uhud di Madinah iaitu tempat peperangan dengan menggunakan busur dan anak panah. Disini sini seramai 70 orang muslim gugur mati syahid dalam peperangan untuk menegakkan syiar Islam. Keadaan Mekah di kelilingi oleh padang pasir dan gunung-gunung yang berbatu. Agak-agaknya macam manalah Rasullulah dan sahabat-sahabatnya membuat perjalanan di padang pasir yang panas.

Bagaimanapun untuk melakukan ibadah dan aktiviti ziarah ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Tidak hairan lah bagi mereka yang menyahut seruan ini, memerlukan pengorbanan yang besar dari segi tenaga dan wang ringgit yang amat besar. Mereka terpaksa meninggalkan isteri dan anak ditanah air mereka jika kurang kemampuan semata-mata untuk menjadi tetamu Allah swt. Entah jumpa lagi atau tidak semata-mata untuk menyahut seruan Ilahi.

Untuk melakukan Ibadah umrah empat perkara wajib terpaksa dilakukan iaitu Niat, Tawaf 7 pusingan Kaabah, Sa'ie 7 pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan bertahalul. Dari empat perkara ini Tawaf dan Sa'ie adalah cabaran utama kepada setiap Jemaah. Ini kerana pekerjaaan Tawaf terpaksa dilakukan dibawah sinaran matahari yang amat panas lagi terik manakala pekerjaaan Sa'ie pula memerlukan perjalanan berulang-ulang alik sebanyak 7 kali pusingan. Walaupun Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan prasaran yang cukup untuk semua jemaah umrah dan haji dan petugas seperti penyediaan air minuman zam-zam, tetapi kita tidak harus memandang rendah dengan kuasa Allah Subahanu Taala. Disana tidak boleh bercakap besar atau takbur, kerana bila-bila masa boleh di bayar dengan 'cash' seperti tersesat jalan atau hilang selipar dan terpaksalah balik ke tempat penginapan berjalan kaki ayam.

Tidak hairanlah Allah s.w.t berjanji memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang menunaikan tuntutan ini selama tidak melakukan perkara yang mungkar kerana melaku ibadah dengan rela hati walaupun terpaksa bersesak-sesak. Pengalaman sepanjang lima hari di Tanah Haram Mekkah,  setelah selesai solat fardhu di Masjidil Haram, ada sahaja diadakan solat jenazah, baik untuk rakyat tempatan atau Jemaah yang datang buat umrah. Dipercayai, janji Allah swt setiap muslim yang meninggal dunia di Tanah Haram, terlepaslah dia dari seksaan Kubur.

Bagi Jemaah yang jatuh sakit atau meninggal disana, mungkin disebabkan terlalu penat atau letih serta kurang cukup tidur selama berada di Mekkah ataupun sudah sampai rezekinya untuk meninggal dunia disana. Jarak waktu di Malaysia dan Saudi Arabia adalah 5 jam. Contoh waktu di Malaysia pukul 8.00 malam manakala waktu di sana adalah baru 3.00 petang.  Pernah terjadi, sebaik kami habis melaku solat sunat di belakang Maqam Ibrahim selepas membuat Tawaf Wida', seorang Jemaah telah terjatuh pitam dihadapan kami. Mungkin terlalu panas dan kesesakan oleh ribuan manusia yang membuat tawaf. Selama berihram kita tidak boleh menutup kepala atau memakai payung. Nanti kena bayar denda atau dam dengan harga seekor unta. Betulkan saya kalau salah. Apa tidaknya, selama berada disana, kita begitu asyik beribadah untuk mengejar rahmat dari Allah SWT. Maklumlah Kaabah dihadapan mata. Kita datang dari jauh dan kalau boleh tidak mahu melepaskan peluang walaupun seminit pun .

Selama didalam Masjidil Haram, walaupun tidak membuat solat sunat dan membaca Quran, memandang Kaabah pun cukuplah untuk mendapatkan ganjaran pahala. Kesempatan inilah yang saya mahu lepaskan. Tempat-tempat mustajab untuk berdoa banyak pula terdapat disekeliling Kaabah, dari Hijr Ismail, Maqam Ibrahim, Rukun Yamani, Bawah bumbung tempat Imam membaca Khutbah Jumaat, belum termasuk tempat letak Hajar Aswad pula jadi rebutan untuk menciumnya. Sebab itu ribuan malah jutaan manusia dari pelusuk dunia datang untuk merebut peluang ini. Ini pengalaman pertama saya datang ketanah suci ini.

Nasihat saya, kalau tuan-tuan telah mendapat jemputan dari Mekkah Tanah Haram dan Madinah ini, buatlah persediaan awal dari kesihatan jasmani terlebih dahulu dengan membuat senaman ringkas dan jogging bila ada waktu terluang, supaya akan ada stamina yang cukup apabila berada disana nanti, Insyaalah kita hanya merancang, manakala Allah swt yang menentukannya. Bagaimana pun janganlah kita berserah bulat-bulat tanpa usaha atau membawa bekalan ubat-ubatan, kerana bila berada disana kita sedikit banyak, pasti akan dilanda sakit-sakit lenguh, batuk dan selsema dan ada yang lelah kerana Mekkah sekarang dalam pesat membangun pembinaannya.

Difahamkan untuk berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan perubatan, bayaran nya sangatlah mahal. Oleh itu abang ngah buat persediaan dengan membawa sebotol Minyak Magnetic Aura yang telah lama diamalkan untuk mengurut kaki & betis jika mengalami sakit-sakit sendi.
Kata orang sediakan bekalan sebelum menyahut seruan Ilahi.

Disini saya telah menjadi pengedar untuk menjual Minyak Magnetic Aura untuk dihadiahkan kepada ibu, bapa, abang-abang, adik-adik, kawan-kawan atau orang tersayang yang akan berangkat ke Tanah Suci. Minyak Magnetic Aura boleh digunakan di waktu kecemasan untuk sakit sakit ringan seperti rasal sengal di paha, betis, migrain atau lelah ketika mengerjakan sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah yang melibatkan perjalanan ulang alik berjalan kaki sebanyak 7 pusingan termasuk turun bukit naik bukit.

Abang ngah boleh dihubungi melalui email sweetberry38@gmail.com atau melalui talian handphone No:019-3304618. Harganya sangat berpatutan dan boleh dibeli dengan harga RM29.90 sebotol.


Tips untuk Jemaah Umrah : Jika tuan puan tersesat atau terpisah dengan saudara mara atau rakan rakan semasa di Masjidil Haram, pesan pada rakan-rakan jumpa semula di hadapan Pusat Membeli Belah BIN LADIN iaitu terletak betul-betul dihadapan di  Masjidil Haram sebab apabila disana jutaan Jemaah keluar masuk ke Masjidil Haram. Dari pemerhatian saya banyak selipar-selipar yang tercicir disebabkan kita tidak mengingati nombor rak kasut yang diletak. Oleh itu sebelum kita melangkah masuk, pertama kita tengok nombor pintu masuk yang hendak dimasuki dan kedua kita tengok nombor rak kasut yang kita hendak letak kasut atau selipar.  Sebaik-baiknya ambil lah gambar nombor rak sebab takut terlupa. Begitu juga di Masjid Nabawi kita ambil foto hadapan hotel atau tempat penginapan, kalau tidak ada kamera dengan handphone pun jadilah, sebab kita khuatir akan terpisah dengan rakan-rakan atau saudara mara bila selesai melakukan solah di Raudah atau menziarah makam Nabi Muhamad saw dan sahabat-sahabat baginda, sebab di Masjid Nabawi ada puluhan pintu keluar masuk. Dengan foto ini memudahkan kita minta bantuan dari jemaah lain, penjual di kedai-kedai atau petugas disana untuk balik ke hotel.

Akhir kata Wasalam. 

Jumaat, 22 Mac 2013

Keputusan SPM


Rakan-Rakan yang dihormati

Hari ini tanggal Jumaat 22 Mac 2013. Tinggal beberapa hari lagi, saya akan menjejak kaki ke Tanah Suci Mekkah dan Madinah, jika di izinkan Allah S.W.T saya akan solat Jumaat di Masjidil Haram untuk buat pertama kali. Hari ini dan semalam, merupakan hari yang paling bahagia kerana anak saya yang bongsu telah lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM). Mula-mula risau juga, tetapi tanpa diduga, keputusan yang diterima, diluar dugaan. Ini kerana anak saya tidak lah pandai sangat dalam pelajaran nya. Bagaimana pun ingin saya panjangkan amalan ini kepada pembaca-pembaca yang inginkan. Mungkin amalan ini telah banyak tersebar dalam internet, terima kasih kepada mereka yang kongsi kan ilmu. Percayalah dengan amalan ini dan Hukum Tarik Menarik, Allah SWT akan membantu tuan-tuan semua yang mempunyai anak sedang belajar. Ketika tuan-tuan mengamalkan amalan ini, ia akan memancarkan frekuensi, signal kepada anak-anak yang sedang menuntut atau menduduki peperiksaan, tetapi dengan syarat anak-anak tuan-tuan pun turut sama belajar dan telah bersedia.

Amalan yang saya lakukan adalah:

Ambil Wuduk

Mengadap Kiblat

Baca Syahadah

Baca Al-Fatihah 10 kali

Baca 3 Qul

Baca Surah Al-Insyirah 1 Kali

Selawat atas Nabi S.A.W

Baca Surah Yaasin 1 Kali

Baca Surah Al-Insyirah 100 kali

Niat kan dalam hati, supaya Allah s.w.t. permudahkan anak-anak tuan menjawap kertas-kertas soalan dengan tenang dan baik.Insyaallah

Rabu, 27 Februari 2013

Maaf kan Saya


Assalamualaikum kepada tetamu tetamu blog ini yang dihormati. Saya kira sudah lama tidak membuat entri sejak post yang terdahulu. Yang sebenarnya dalam empat lima bulan yang lepas banyak juga saat saat manis yang lalui untuk kongsi bersama. Kenangan yang paling manis adalah dapat berjumpa dengan bersalam dengan seorang penceramah dakwah yang sangat terkenal dalam TV9. Walaupun dapat meluangkan waktu hanya selama 3 jam untuk mendengar ceramahnya, tetapi sudah indah sekali. Beliau sungguh lemah lembut dan peramah sewaktu menyampaikan ceramah. Para hadirin waktu itu, ada yang tua & muda, Pak Cik, Mak Chik. Adik-Adik, tetapi beliau akan menyampaikan ceramahan dengan penuh tetliti dan sopan. Harap harap Jabatan tempat saya bekerja akan menjemputnya sekali lagi. Sehingga akhir hayat, saya tidak dapat dilupakan saat saat manis itu. Biarlah saya tidak memberitahu siapa pendakwah itu. Untuk tidak melepaskan peluang saya sempat bergambar kenangan bersamanya. Mana lah tahu, masa tidak akan kembali lagi.

Tetamu-tetamu yang dihormati. Sering kali saya mendapat panggilan telefon dari pelanggan-pelanggan bertanya berkenaan produk goji. Tetapi maafkan saya, kerana dimaklumkan produk Goji seperti Goji Classic, Goji More tidak keluarkan lagi. Oleh itu saya tidak dapat dapat membekalkan lagi kepada tuan-tuan yang senantiasa setia kepada goji. Disamping goji, ada juga satu dua produk keluaran syarikat lain untuk kegunaan kesihatan rumah tangga, bagaimana pun biarlah saya guna sendiri. Untuk sementara ini saya tidak berniat untuk menjualnya di pasaran.

Tetamu-tetamu yang dihormati. Benarlah kata penulis dalam LAW OF ATTRACTION (HUKUM TARIK MENARIK), jika kita berkesempatan jumpa dengan orang yang terkenal atau alim, AURA yang terdapat pada dirinya, lebih-lebih lagi bila kita dapat bersalam dengannya, lambat laun AURA itu sedikit sebanyak akan mengalir pada tubuh kita. Ini kerana Para Ulamak dan Ustaz-Ustaz yang menyampai suruhan ugama Islam adalah pewaris para Nabi. Insyaallah tidak sampai sebulan dari sekarang, saya akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Madinah dan Mekkah. Kata orang ini adalah rezeki pemberian Allah kerana diluar jangkaan & dibiayai oleh adik & adik ipar saya sendiri. Mudah-mudah rezekinya akan bertambah limpah ruah selepas ini. Oleh itu saya mohon ribuan ampun, maaf kepada para pembaca, jika selama ini, terdapat kesilapan tutur kata dalam entri yang lepas-lepas juga kepada Network-Network tidak kira dimana berada yang mengikuti blog goji more dan minta halalkan satu sen dua sen yang termakan semasa urusniaga. Doakan saya selamat pergi ke Tanah Suci dan selamat kembali ke Malaysia begitu juga saya doakan kesejahteraan tuan puan. Waasalam