Isnin, 22 April 2013

Lambaian Kaabah

Nun disana, sebaik saya melangkah masuk dalam Masjidil Haram, terpampang Kaabah, tempat kiblat umat Islam mengerjakan solat fardu lima waktu sehari semalam. Tak sabar sabar rombongan kami untuk melakukan rukun umrah yang dipimpin oleh seorang mutawif dari Indonesia. Subhanallah, Maha Suci Allah, sebak dada kami, kerana tidak terpikir selama ini, yang saya akan menjejak kaki di rumah Allah ini. Bulan Mac tahun masehi 2013 akan di kenang seumur hidup. Sepanjang hayat, saya cuma dapat bersolat di rumah, surau atau masjid-masjid berpandu arah kiblat. Dalam hati saya cukup malu pada Allah, kerana banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan. Namum rahmat Allah amatlah luas. Ia amat pengampun dan amat pengasih kepada hamba-hambanya. Ia masih sudi menjemput aku untuk menjadi tetamunya dan beribadat dirumahnya. Ya Allah ampun lah dosa-dosa ku yang selama ini yang telah aku lakukan. Dengan berbekalkan duit gaji untuk buat belanja, bagai tidak percaya yang aku telah menjejak kaki di Tanah Suci ini. Ini semua disebabkan doa yang dimakbulkan setelah ku panjatkan selepas menunaikan solat fardhu dan solat Dhuha. Ya Allah betapa cepatnya kau makbulkan doa ku untuk hasrat ke Tanah Suci ini. Terima kasih Ya Allah. Sekarang, aku bertambah yakin, yang engkau akan mengkabul doa-doa yang baik dari hamba-hambanya, cuma tunggu masa dan ketikanya.
 

Walaupun penat perjalanan kami mengambil masa hampir 8 jam 40 minit dari Lapangan Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang King Aziz di Jeddah, itu semua tidak mematahkan semangat kami. Ini belum termasuk mengambil masa untuk urusan pemeriksaan pasport di Imigresen Jeddah, tunggu bas, naik bas untuk perjalanan ke Hotel. Kebetulan pada hari kami mengerjakan umrah adalah hari Jumaat. Bila menandakan waktu solat Fardhu Jumaat akan masuk, azan pun berkumandang dengan syahdu. Kami pun berhenti seketika untuk menghormati waktu Jumaat dan mengambil saf. Nah, sekali lagi untuk pertama sekali seumur hidup, kami bersolat untuk Fardhu Jumaat betul-betul dihadapan Kaabah. Tidak saya lupakan, menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada kedua ibubapa aku yang telah kembali ke rahmatullah. 

Selama di Mekkah dan Madinah, masa kami sangat padat dengan aktiviti melakukan ziarah di banyak tempat peristiwa dizaman kebangkitan Islam seperti Bukit Jabbal Nur tempat persembunyian Rasullulah dan Syaidina Abu Bakar dari kaum kafir Quraish, Jabbal Rahmah tempat pertemuan Siti Hawa dan Nabi Adam yang terpisah selama 40 tahun setelah diturunkan dari Syurga, Padang Arafah tempat berkumpulnya Jemaah Haji, Masjid Hudaibiah tempat perjanjian antara Orang Islam dan Kafir Quraish, Bir Ali tempat Miqat paling hampir dengan Makkah untuk orang yang ingin menunaikan Umrah dan juga Bukit Uhud di Madinah iaitu tempat peperangan dengan menggunakan busur dan anak panah. Disini sini seramai 70 orang muslim gugur mati syahid dalam peperangan untuk menegakkan syiar Islam. Keadaan Mekah di kelilingi oleh padang pasir dan gunung-gunung yang berbatu. Agak-agaknya macam manalah Rasullulah dan sahabat-sahabatnya membuat perjalanan di padang pasir yang panas.

Bagaimanapun untuk melakukan ibadah dan aktiviti ziarah ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Tidak hairan lah bagi mereka yang menyahut seruan ini, memerlukan pengorbanan yang besar dari segi tenaga dan wang ringgit yang amat besar. Mereka terpaksa meninggalkan isteri dan anak ditanah air mereka jika kurang kemampuan semata-mata untuk menjadi tetamu Allah swt. Entah jumpa lagi atau tidak semata-mata untuk menyahut seruan Ilahi.

Untuk melakukan Ibadah umrah empat perkara wajib terpaksa dilakukan iaitu Niat, Tawaf 7 pusingan Kaabah, Sa'ie 7 pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan bertahalul. Dari empat perkara ini Tawaf dan Sa'ie adalah cabaran utama kepada setiap Jemaah. Ini kerana pekerjaaan Tawaf terpaksa dilakukan dibawah sinaran matahari yang amat panas lagi terik manakala pekerjaaan Sa'ie pula memerlukan perjalanan berulang-ulang alik sebanyak 7 kali pusingan. Walaupun Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan prasaran yang cukup untuk semua jemaah umrah dan haji dan petugas seperti penyediaan air minuman zam-zam, tetapi kita tidak harus memandang rendah dengan kuasa Allah Subahanu Taala. Disana tidak boleh bercakap besar atau takbur, kerana bila-bila masa boleh di bayar dengan 'cash' seperti tersesat jalan atau hilang selipar dan terpaksalah balik ke tempat penginapan berjalan kaki ayam.

Tidak hairanlah Allah s.w.t berjanji memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang menunaikan tuntutan ini selama tidak melakukan perkara yang mungkar kerana melaku ibadah dengan rela hati walaupun terpaksa bersesak-sesak. Pengalaman sepanjang lima hari di Tanah Haram Mekkah,  setelah selesai solat fardhu di Masjidil Haram, ada sahaja diadakan solat jenazah, baik untuk rakyat tempatan atau Jemaah yang datang buat umrah. Dipercayai, janji Allah swt setiap muslim yang meninggal dunia di Tanah Haram, terlepaslah dia dari seksaan Kubur.

Bagi Jemaah yang jatuh sakit atau meninggal disana, mungkin disebabkan terlalu penat atau letih serta kurang cukup tidur selama berada di Mekkah ataupun sudah sampai rezekinya untuk meninggal dunia disana. Jarak waktu di Malaysia dan Saudi Arabia adalah 5 jam. Contoh waktu di Malaysia pukul 8.00 malam manakala waktu di sana adalah baru 3.00 petang.  Pernah terjadi, sebaik kami habis melaku solat sunat di belakang Maqam Ibrahim selepas membuat Tawaf Wida', seorang Jemaah telah terjatuh pitam dihadapan kami. Mungkin terlalu panas dan kesesakan oleh ribuan manusia yang membuat tawaf. Selama berihram kita tidak boleh menutup kepala atau memakai payung. Nanti kena bayar denda atau dam dengan harga seekor unta. Betulkan saya kalau salah. Apa tidaknya, selama berada disana, kita begitu asyik beribadah untuk mengejar rahmat dari Allah SWT. Maklumlah Kaabah dihadapan mata. Kita datang dari jauh dan kalau boleh tidak mahu melepaskan peluang walaupun seminit pun .

Selama didalam Masjidil Haram, walaupun tidak membuat solat sunat dan membaca Quran, memandang Kaabah pun cukuplah untuk mendapatkan ganjaran pahala. Kesempatan inilah yang saya mahu lepaskan. Tempat-tempat mustajab untuk berdoa banyak pula terdapat disekeliling Kaabah, dari Hijr Ismail, Maqam Ibrahim, Rukun Yamani, Bawah bumbung tempat Imam membaca Khutbah Jumaat, belum termasuk tempat letak Hajar Aswad pula jadi rebutan untuk menciumnya. Sebab itu ribuan malah jutaan manusia dari pelusuk dunia datang untuk merebut peluang ini. Ini pengalaman pertama saya datang ketanah suci ini.

Nasihat saya, kalau tuan-tuan telah mendapat jemputan dari Mekkah Tanah Haram dan Madinah ini, buatlah persediaan awal dari kesihatan jasmani terlebih dahulu dengan membuat senaman ringkas dan jogging bila ada waktu terluang, supaya akan ada stamina yang cukup apabila berada disana nanti, Insyaalah kita hanya merancang, manakala Allah swt yang menentukannya. Bagaimana pun janganlah kita berserah bulat-bulat tanpa usaha atau membawa bekalan ubat-ubatan, kerana bila berada disana kita sedikit banyak, pasti akan dilanda sakit-sakit lenguh, batuk dan selsema dan ada yang lelah kerana Mekkah sekarang dalam pesat membangun pembinaannya.

Difahamkan untuk berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan perubatan, bayaran nya sangatlah mahal. Oleh itu abang ngah buat persediaan dengan membawa sebotol Minyak Magnetic Aura yang telah lama diamalkan untuk mengurut kaki & betis jika mengalami sakit-sakit sendi.
Kata orang sediakan bekalan sebelum menyahut seruan Ilahi.

Disini saya telah menjadi pengedar untuk menjual Minyak Magnetic Aura untuk dihadiahkan kepada ibu, bapa, abang-abang, adik-adik, kawan-kawan atau orang tersayang yang akan berangkat ke Tanah Suci. Minyak Magnetic Aura boleh digunakan di waktu kecemasan untuk sakit sakit ringan seperti rasal sengal di paha, betis, migrain atau lelah ketika mengerjakan sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah yang melibatkan perjalanan ulang alik berjalan kaki sebanyak 7 pusingan termasuk turun bukit naik bukit.

Abang ngah boleh dihubungi melalui email sweetberry38@gmail.com atau melalui talian handphone No:019-3304618. Harganya sangat berpatutan dan boleh dibeli dengan harga RM29.90 sebotol.


Tips untuk Jemaah Umrah : Jika tuan puan tersesat atau terpisah dengan saudara mara atau rakan rakan semasa di Masjidil Haram, pesan pada rakan-rakan jumpa semula di hadapan Pusat Membeli Belah BIN LADIN iaitu terletak betul-betul dihadapan di  Masjidil Haram sebab apabila disana jutaan Jemaah keluar masuk ke Masjidil Haram. Dari pemerhatian saya banyak selipar-selipar yang tercicir disebabkan kita tidak mengingati nombor rak kasut yang diletak. Oleh itu sebelum kita melangkah masuk, pertama kita tengok nombor pintu masuk yang hendak dimasuki dan kedua kita tengok nombor rak kasut yang kita hendak letak kasut atau selipar.  Sebaik-baiknya ambil lah gambar nombor rak sebab takut terlupa. Begitu juga di Masjid Nabawi kita ambil foto hadapan hotel atau tempat penginapan, kalau tidak ada kamera dengan handphone pun jadilah, sebab kita khuatir akan terpisah dengan rakan-rakan atau saudara mara bila selesai melakukan solah di Raudah atau menziarah makam Nabi Muhamad saw dan sahabat-sahabat baginda, sebab di Masjid Nabawi ada puluhan pintu keluar masuk. Dengan foto ini memudahkan kita minta bantuan dari jemaah lain, penjual di kedai-kedai atau petugas disana untuk balik ke hotel.

Akhir kata Wasalam.