Selasa, 19 Julai 2011

Kisah kereta terbang (The flying car)

Artikel ini dah lama abang ngah nak tulis cuma tunggu masa saja yang sesuai untuk dipaparkan. Ceritanya pasal 'Kereta Terbang'. Kereta Terbang ni bukanlah seperti kita telah tengok bro-bro kita pasang air-spoiler pada atas bonet kereta mereka, macam nak terangkat bila pandu laju. Minta maaf ya cik abang cik abang. Tetapi ini betul real punya.  Dalam internet setahun lalu telah tersiar berkenaan Kereta Terbang akan menjadi kenyataan pada masa akan datang. Pihak berkuasa The Federal Aviation Administration (FAA) telah memberi kelulusan kepada Terrafugia's Transistion, flying car atau "roadable aircraft".

Genap setahun pada hari ini telah tersiar pada dada akhbar utama bertajuk "Kereta terbang jadi realiti". Kereta terbang ini mempunyai 2 tempat duduk yang nilainya 155,000 pound (RM752,021) dan boleh meluncur laju maksimum 184km sejam. Kereta ini boleh di lipat sayapnya dan isi minyak dekat pam minyak biasa.

Nampaknya selepas ini pemain-pemain industri kereta diserata dunia akan berlumba-lumba untuk mendapatkan atau mereka cipta teknologi kereta masa depan ini. Lambat laun teknologi ini akan akan menjadi satu trend dan sampai juga ke Malaysia. Bila ciri-ciri kereta terbang ini bertambah maju dengan pemasang sistem enjin anti graviti yang lebih ringan dan bahan api yang sesuai harganya akan bertambah murah serta dijual secara besar-besaran.
Ini mungkin tidak mustahil seperti yang kita telah lihat dalam filem fiksyen Star Wars.

Untuk kongsi cerita bersama kereta terbang ini telah dicipta sejak beribu-ribu tahun dahulu iaitu zaman Nabi Noh a.s seperti yang dipaparkan laman blog sahabat kita iaitu saudara zharifalimin. Jika ini adalah benar bermakna Allah swt telah memberi kita peluang sekali lagi kepada saintis-saintis dengan memberi ilham untuk membangunkan teknologi ini setelah ia musnah dalam kejadian banjir besar seperti Tsunami masa zaman Nabi Noh a.s.

Agak-agaknya macam mana nanti keadaan lalu-lintas di udara nanti bila kereta terbang bersimpang siur diudara nanti pada masa akan datang. Mungkin ada laluan khas untuk mereka dan sistem trafik yang canggih menggunakan lampu laser.

Kalau ada kereta terbang dipasaran Malaysia nanti, terpaksa lah  pemandu pilot menjalani cara pemanduan kaedah terbaru untuk memandu kereta terbang sebab ia meliputi perjalanan jalanraya dan udara.

Senario kereta era sekarang:

Di kompleks beli belah: "Ayang, tolong tengok belakang sikit , abang nak undur kereta ni".

Senario kereta terbang masa depan:

Waktu puncak di pagi hari :"Ayang, tolong tengok sikit kat atas, kita dah nak naik udara ni".

Kesimpulan: Dengan menaiki kereta terbang pergerakan kita akan lebih pantas dari satu tempat ke satu tempat untuk urusan pergi kerja, mesyuarat, seminar, bisnes dan segalanya. Tekan suis aje terus meluncur laju....cuma jangan gayat sudah laa..

Allahu a'lam.

Isnin, 28 Februari 2011

Tentang hobi saya

Kira-kira 30 tahun dahulu masa zaman kanak-kanak, saya suka naik basikal chopper. Basikal ini di beli oleh abah setelah puas pujuk untuk membelinya dengan harga $250. Ringgit Malaysia masa itu belum di perkenalkan lagi. Jadi kita panggil 250 ringgit la. Habis kami pusing-pusing sampai Pantai Lido kat JB atau panggilan sekarang Danga Bay dengan basikal. Selain itu, hobi masa itu sebelah petang habis waktu sekolah saya suka main layang-layang di padang bola. Pada suatu hari sewaktu balik dari latihan sukan saya ternampak sekumpulan orang dewasa sedang bermain kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh. Teruja betul sebab bunyi enjin dan deruman nya berdesing-desing. Masih teringat lagi kapal terbang kawalan jauh ini diperbuat dari kayu yang keras dan menggunakan motor enjin kecil. Timbul pulak minat dalam hati. Tapi apakan daya harganya sangatlah mahal dan tiada yang dijual sais yang kecil-kecil seperti yang terdapat sekarang. Bagaimana pun peredaran zaman telah berlalu tanpa disedari seperti sekelip mata begitu peredaran teknologi semakin maju hasil kajian manusia tak jemu-jemu menciptanya sesuatu yang baru.

Kata orang kalau tak ada hobi terasa boring juga sebab tak ade benda yang nak dibuat waktu lapang. Abang Ngah percaya semua orang mesti ada hobi tersendiri. Hobi yang diceburi seperti tanam bunga, bela ikan dalam aquarium, kumpul setem, memancing, main bot racing dan macam-macam lagi. Untuk menyambung hobi Abang Ngah kira-kira 30 tahun lalu hasil produk-produk yang ada dipasaran, abang belilah mesin RC mana yang termampu, sesuai dengan perkembangan teknologi. Untuk kongsi bersama ini lah koleksi RC yang ada dalam simpanan. Jika rakan atau pembaca-pembaca diluar disana ingin berkongsi hobi anda bolehlah buat ulasan dibawah atau email kan kepada kami beralamat sweetberry38@gmail.com

-------------------------------------------------------------------------------------


Antara koleksi dalam simpanan


German Tiger Tank I















Hovercraft














(RTF) Super Sonic Trainer Plane

















Inilah projek pertama abang ngah  untuk membuat sebuah model kapal terbang kawalan jauh iaitu Sports Trainer Plane. Setelah membuat kajian selidik dan buat carian dalam internet jumpalah laman ini berserta dengan pelan nya sekali. Apa lagi, abang ngah cari bahan Depron (sejenis foam) kat kedai alatulis Pandan Indah dan ikut pelannya yang di bagi. Sedikit demi sedikit jadilah sebuah kapal terbang ini.


Notes: Credit to my friend at : http://www.mikeysrc.com/ for distributing the plan. I enjoy it during building this plane. I wish many thanks, for your useful tips from beginning to the end. (Sekalung budi kepada penulis laman web http://www.mikeysrc.com/, yang bermurah hati menyumbangkan artikel, plan dan video untuk membuat kapal Sports Trainer Plane.)

Akhirnya, abang ngah tengah cari lipo bateri untuk di pasangkan pada kapal terbang ini. Cikgunya dah ada untuk tolong maiden kapal terbang ini.











Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011. Tahun 2010 telah pergi berlalu meninggalkan kenangan manis dan duka. Banyak peristiwa berlaku pada tahun itu. Masa berjalan dengan cepat dan pantas, tanpa kita sedari. Detik 12 malam, abang ngah bersama keluarga sempat menyaksikan pertunjukkan bunga api di taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Ribuan warga kota dan pelawat asing menyaksikan percikan bunga api yang berlangsung selama 10 minit.

Lalu lintas di Kuala Lumpur, biasalah sesak dengan kenderaan walaupun jam menunjukkan hampir 1.00 pagi. Untuk tahun baru 2011 Masehi ini, abang teruskan azam untuk meneruskan khidmat bakti untuk mengedarkan produk goji. Goji Classic, Goji More, Soya Wolfberry dan Cocoa Goji sedia ada untuk dipasarkan. Harga pun boleh tahan dan amat berpatutan. Tanaman goji yang terletak di jendela belakang rumah menunjukkan bunga-bunga goji yang berwarna unggu dan putih masih terus kembang mekar. Abang Ngah telah dapat merasai dua tiga biji buah goji yang segar. Buahnya yang telah masak ranum bertambah besar walaupun pendek sedikit dari buah cili. Abang ngah bercadang untuk menanam lagi pokok goji sehingga mengeluarkan hasil yang memuaskan seperti kita menanam buah lada. Tetapi untuk menanam buah goji, tidak mudah yang disangka. Banyak rintangan dan ancaman yang perlu di hadapi.

Kepada pembaca dan peminat buah goji di Malaysia serta juga rakan-rakan network baik dimana anda berada teruskan usaha murni saudara saudari sehingga berjaya.

Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun ini membawa kejayaan yang amat memberangsangkan.