Isnin, 28 Februari 2011

Tentang hobi saya

Kira-kira 30 tahun dahulu masa zaman kanak-kanak, saya suka naik basikal chopper. Basikal ini di beli oleh abah setelah puas pujuk untuk membelinya dengan harga $250. Ringgit Malaysia masa itu belum di perkenalkan lagi. Jadi kita panggil 250 ringgit la. Habis kami pusing-pusing sampai Pantai Lido kat JB atau panggilan sekarang Danga Bay dengan basikal. Selain itu, hobi masa itu sebelah petang habis waktu sekolah saya suka main layang-layang di padang bola. Pada suatu hari sewaktu balik dari latihan sukan saya ternampak sekumpulan orang dewasa sedang bermain kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh. Teruja betul sebab bunyi enjin dan deruman nya berdesing-desing. Masih teringat lagi kapal terbang kawalan jauh ini diperbuat dari kayu yang keras dan menggunakan motor enjin kecil. Timbul pulak minat dalam hati. Tapi apakan daya harganya sangatlah mahal dan tiada yang dijual sais yang kecil-kecil seperti yang terdapat sekarang. Bagaimana pun peredaran zaman telah berlalu tanpa disedari seperti sekelip mata begitu peredaran teknologi semakin maju hasil kajian manusia tak jemu-jemu menciptanya sesuatu yang baru.

Kata orang kalau tak ada hobi terasa boring juga sebab tak ade benda yang nak dibuat waktu lapang. Abang Ngah percaya semua orang mesti ada hobi tersendiri. Hobi yang diceburi seperti tanam bunga, bela ikan dalam aquarium, kumpul setem, memancing, main bot racing dan macam-macam lagi. Untuk menyambung hobi Abang Ngah kira-kira 30 tahun lalu hasil produk-produk yang ada dipasaran, abang belilah mesin RC mana yang termampu, sesuai dengan perkembangan teknologi. Untuk kongsi bersama ini lah koleksi RC yang ada dalam simpanan. Jika rakan atau pembaca-pembaca diluar disana ingin berkongsi hobi anda bolehlah buat ulasan dibawah atau email kan kepada kami beralamat sweetberry38@gmail.com

-------------------------------------------------------------------------------------


Antara koleksi dalam simpanan


German Tiger Tank I















Hovercraft














(RTF) Super Sonic Trainer Plane

















Inilah projek pertama abang ngah  untuk membuat sebuah model kapal terbang kawalan jauh iaitu Sports Trainer Plane. Setelah membuat kajian selidik dan buat carian dalam internet jumpalah laman ini berserta dengan pelan nya sekali. Apa lagi, abang ngah cari bahan Depron (sejenis foam) kat kedai alatulis Pandan Indah dan ikut pelannya yang di bagi. Sedikit demi sedikit jadilah sebuah kapal terbang ini.


Notes: Credit to my friend at : http://www.mikeysrc.com/ for distributing the plan. I enjoy it during building this plane. I wish many thanks, for your useful tips from beginning to the end. (Sekalung budi kepada penulis laman web http://www.mikeysrc.com/, yang bermurah hati menyumbangkan artikel, plan dan video untuk membuat kapal Sports Trainer Plane.)

Akhirnya, abang ngah tengah cari lipo bateri untuk di pasangkan pada kapal terbang ini. Cikgunya dah ada untuk tolong maiden kapal terbang ini.