Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Esok lusa kita akan menyambut hari lembaran bulan Syawal. Ini bermakna bulan Ramadhan akan labohkan tirai untuk tinggalkan kita pada tahun ini. Entah kita akan berjumpa lagi atau tidak bulan Al-Mubarak yang penuh berkah untuk tahun-tahun akan datang, hanya berserahlah kita pada Allah Swt jika ada umur panjang.

Dalam tempoh sebulan kita amalkan berpuasa bermacam dugaan kita tempohi dari kerohanian, fizikal dan mental. Ini semua untuk mencari keredaan dari tuhan yang maha esa. Begitu juga dalam paparan surat khabar bermacam-macam berita yang kita dengari. Kalau cerita pasal main mercun, tak usah lah disebut ada saja yang cedera. Dulu pada zaman kanak-kanak abang cik boleh main mercun, tak ada pulak kedengaran yang cedera. Mungkin ada tapi ada lah teruk sangat. Kalau kat kampong, berdentum-dentum bunyi meriam buluh, tapi abang cik tak pakar untuk membuatnya, cuma tumpang sekaki, itu pun bila rakan-rakan dah nyalakan sumbu, akan lari jauh-jauh, takut buluh pecah bersepai dan kena pada muka.

Itu semua sudah berlalu dan dalam perjalanan masa. Sekarang abang cik sudah berkahwin dan meningkat pada usia 50an. Cerita pasal asam garam dalam rumah tangga ini, banyak dugaan dan rintangan walaupun banyak manisnya. Abang cik telah banyak menempuh semua itu. Untuk kongsi bersama, seorang Ustaz terkenal menerangkan, sebenarnya dalam kehidupan ini kita boleh dua pilihan seperti yang telah termaktub dalam Al-Quran Al-Karim. Dua pilihan itu adalah Baik atau Buruk. Dalam apa-apa kerja atau tindakan kita hendakan lakukan hendaklah terlebih dahulu kita fikir dahulu semasak-masaknya.

Kalau kita buat ini apa jadi, kalau kita buat itu apa jadi. 'Pilihan' ini juga kita boleh aplikasi atau serap dalam banyak-banyak hal selagi kita bernafas. Sebagai contoh dalam tempat kerja, rutin harian dan juga rutin harian.

Bila baca dalam surat khabar hari ini, sebenarnya rakyat Malaysia amat bertuah tinggal dalam aman damai, makan minum senang dapat walaupun kadang kala mahal sedikit. Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, ribuan ramai orang dapat membeli belah dengan deretan kereta yang panjang. Macam-macam ada dengan baju yang cantik-cantik dan kuih-muih untuk dipilih.

Kalau kita baca diluar negeri, amat sedih sekali terdapat negara Islam yang dilanda peperangan. Ramai yang mati atau lapar kebuluran. Rumah-rumah dibom dan kanak-kanak jadi mangsa korban. Mungkin benar ada pihak disana untuk menuntut keadilan masing-masing tersendiri jadi saling berperang. Dizaman Rasullulah pun ada peperangan untuk menegakkan agama Allah. Tetapi peperangan itu ada batasnya, kanak-kanak, orang tua, orang tawanan tidak boleh dibunuh sesuka hati. Tetapi apa yang jadi pada negara ini, jet-jet pejuang telah melontarkan bom sesuka hati pada pihak lawan. Marilah kita insaf dan berdoa kepada Allah swt. supaya negara kita terus berada dalam aman damai. Sebenarnya mereka pun ada dua "Pilihan" iaitu tamat kan peperangan dengan serta merta dengan duduk dimeja rundingan atau terus berperang sampai puas hati dengan hancur lebur semuanya.

Akhir kata abang Cik ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan network dan pembaca setia blog ini. Untuk mereka yang ingin pulang ke kampung dengan memandu kenderaan kita hanya ada 'pilihan' iaitu berhati-hati seperti pihak berkuasa telah banyak kali ingatkan atau sebaliknya walaupun takdir telah menentukan. Bagaimanapun ini semua Allah swt. telah memberi kepada kita membuat pilihan untuk selamat balik kampung dsbnya.

Maaf Zahir dan batin jika ada salah tertutur kata dan juga halalkan makan dan minum.
Jumpa lagi dilain masa.