Jumaat, 3 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum wbt kepada sidang pembaca. Diam tak diam kita telah masuk ketiga tahun 2014 masehi. Tahun 2014 pada pandangan saya penuh dengan cabaran untuk ditempohi. Ramai rakyat Malaysia yang risau dengan kenaikan harga barang dari peralatan sekolah hingga ke barang-barang keperluan hari. Kalau boleh semua semua peniaga mahu naik kan harga termasuk perusaha bas sekolah, tambang pengangkutan bas, teksi, bil letrik, toll, semuanya mahu duit untuk bayar gaji pekerja, minyak petrol, untuk duit dapor, perbelanjaan anak-anak sekolah dan seribu macam perbelanjaan. Masing-masing ada tanggung jawab sendiri. Abang ngah tak terkecuali untuk menempuh dugaan ini. Maklumlah untuk bayaran ansuran rumah, kereta, pinjaman bank, untuk isi minyak kereta pergi balik kerja, selain untuk perbelanjaan makan minum. Ramai yang keluar pagi pagi hari untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Bagaimana pun di sebalik kesempitan ada kelapangan nya. Allah swt telah memberi tunjuk jalan kepada hamba-hambanya. Salah antara satu amalan paling baik untuk umat mukmin adalah dengan membuat amalan solat sunat Duha. Dengan membuat solat sunat tanpa jemu-jemu dan kita panjatkan doa-doa pasti Allah akan menunjuk jalan keluar. Tambahan lagi carilah doa Amalan Nabi Sulaiman a.s. Kebetulan hari ini hari Jumaat, Khatib suruh para jemaah sampaikan beberapa teks ini kepada seberapa ramai yang boleh supaya kita mendapat rahmat dari Allah swt. dan sama-sama lah kita hayati bersama. Amiin.