Khamis, 3 September 2009

Malaysia bakal Menjadi Negara Tua

Itulah berita yang menarik perhatian saya. Berita ini menjadi tajuk utama, yang dipaparkan oleh sebuah surat akhbar utama pada 11 November 2008. Dilaporkan pada tahun 2035 nanti, penduduk Malaysia berumur lebih 60 tahun dianggarkan berjumlah 15% dari jumlah keseluruhan penduduk negara ini.

Persoalannya, pada ketika itu adakah salah seorang dari mereka ini termasuk pembaca blog yang mulia ini atau diri saya sendiri? Jawapan nya adalah Ya, iaitu termasuk saya sendiri.

Contohlah umur saya sekarang 40 tahun. Pada ketika itu umur saya sudah mencapai 66 tahun. Waktu itu apakah pilihan kita yang ada, untuk meniti usia emas ini dengan keadaan kesihatan kita pada ketika itu. Di zaman serba canggih dan moden ini, berbagai penyakit juga timbul selari dengan keadaan semasa. Tidak cukup dengan penyakit 3 serangkai, (Jantung, Kencing Manis & Darah Tinggi) kini timbul lagi dengan H1N1 selari dengan zaman serba canggih.

Fikir lah sejenak, apakah usaha yang perlu dicari untuk bekalan sistem kesihatan yang kita ada untuk menempuh dimasa-masa yang akan datang untuk hidup bersama dengan anak cucu, isteri tersayang semasa kita diberi peluang untuk bernafas. Atau kita berserah saja kepada takdir? Kita wajib berusaha mencari sesuatu supaya badan kita senantiasa sihat waalfiat walaupun ketika itu nanti umur kita sudah menjangkau 60 tahun lamanya.

Kata orang biarlah berumur warga emas, tetapi tenaganya macam orang muda seperti orang-orang China, Ningxia yang mengamalkan persekitaran yang sihat seperti membuat senaman dan makan buah goji.

Renungkanlah!

Tamat -----------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan