Isnin, 23 Julai 2012

Perginya seorang pencinta Zoo dan Seniman

Kalau kita susur lebuhraya mengikuti Lebuhraya MRR2 dari arah Cheras menghala ke Ulu Kelang, Kuala Lumpur, pasti kita terpandang satu pandangan yang menarik ditengah-tengah jalan ini terutama pada waktu petang. Pandangan ini adalah burung-burung bangau putih yang sedang bertenggek diatas tiang-tiang lampu. Kadang kala burung-burung bangau ini akan berterbangan dengan satu gaya yang cantik. Burung-burung ini seolah-olah menyambut orang ramai yang datang atau melalui Jalan Genting Kelang berhampiran Zoo Negara. Sebut saja mengenai Zoo Negara ini, kita akan merasai sedih dengan perginya Allahyarham Datuk Ismail Hutson seorang pencinta haiwan yang juga pada masa hidup beliau sebagai Presiden Persatuan Zooligical Malaysia dan juga seorang seniman yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun. Beliau telah memberi banyak jasa kepada Zoo Negara Malaysia dengan melakarkan sebagai salah satu tempat tarikan kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT dan diletakkkan bersama-sama orang beriman. Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan