Jumaat, 27 Julai 2012

Bawa telefon ke sekolah


Beberapa hari lalu dalam paparan media ada menyiarkan berkenaan Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang membenarkan pelajar-pelajar membawa telefon bimbit. Ramai juga menyokong dan juga menentang cadangan tersebut. Alasan yang diberi takut hilanglah, salah guna pakai, mahal, dan khuatir murid yang tidak mampu membelinya akan timbul perasaan cemburu kepada murid yang membawanya. Telefon bimbit adalah satu aplikasi yang dianggap canggih yang kecil pada abad ini untuk membuat hubungan perbualan komunikasi diantara seseorang. Seseorang itu boleh buat hubungi isteri, suami, anak, kawan, rakan perniagaan atau sesiapa saja dimana mereka berada pada awal keluaran telefon bimbit. Kemudian aplikasi ditambah baik, dengan boleh diambil gambar, hantar sms, video dan pernerimaan internet. Tidak mustahil lah pada pada masa akan datang setiap telefon bimbit akan dilengkapkan dengan penerimaan suara dan video sambil kita bercakap.

Berbalik kepada cadangan pelajar boleh bawa telefon bimbit, biarlah kita beri masa pihak Kementerian buat ujian untuk tempoh tertentu, kerana ada juga baiknya, seperti kita boleh menghubungi anak-anak kita terutama yang belajar dan tinggal di asrama-asrama sekolah. Pihak Kementerian boleh buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh semasa penggunaan telefon bimbit disekolah. Anak-anak yang pra sekolah dan masih belajar di darjah satu hingga tiga, tidak perlu bawa telefon bimbit ke sekolah, khuatir tercicir atau di ambil murid lain, jika mereka letak dalam beg sekolah. Kalau pencil atau buku kerap hilang ini kan pula telefon bimbit.

Berkenaan harga telefon yang mahal, tidak dinafikan terdapat model telefon yang mencecah harga ribuan ringgit yang dilengkapi aplikasi canggih. Untuk dibawa kesekolah tidak payahlah bawa yang mahal-mahal, apa yang boleh kita benarkan anak kita bawa telefon bimbit yang murah yang terdapat dipasaran.

Kepada pelajar yang tidak mampu membelinya, anak kita boleh kongsi telefon itu kepada kawan untuk panggilan kepada ibubapa mereka jika balik lambat dari sekolah jika ada kelas tambahan atau aktiviti sukan. Memang telefon bimbit ada keburukannya jika salah guna pakai atau penambahan perbelanjaan untuk membeli "top-up" disamping duit saku sekolah. Bagi anak-anak orang berada tidak menjadi masalah tetapi bagi orang berpendapatan sederhana dan susah, agak perit juga. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak ramai yang bersekolah. Untuk itu kita had kan pembelian "top-up" untuk tempoh setiap seminggu atau sebulan atau kita cadangkan pada pihak penyedia perkhidmatan adakan pakej "top-up" untuk pelajar dengan harga seperti RM1, RM2, RM3 & RM4 untuk panggilan suara dan sms.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan