Jumaat, 27 Julai 2012
Bawa telefon ke sekolah
Beberapa hari lalu dalam paparan media ada menyiarkan berkenaan Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang membenarkan pelajar-pelajar membawa telefon bimbit. Ramai juga menyokong dan juga menentang cadangan tersebut. Alasan yang diberi takut hilanglah, salah guna pakai, mahal, dan khuatir murid yang tidak mampu membelinya akan timbul perasaan cemburu kepada murid yang membawanya. Telefon bimbit adalah satu aplikasi yang dianggap canggih yang kecil pada abad ini untuk membuat hubungan perbualan komunikasi diantara seseorang. Seseorang itu boleh buat hubungi isteri, suami, anak, kawan, rakan perniagaan atau sesiapa saja dimana mereka berada pada awal keluaran telefon bimbit. Kemudian aplikasi ditambah baik, dengan boleh diambil gambar, hantar sms, video dan pernerimaan internet. Tidak mustahil lah pada pada masa akan datang setiap telefon bimbit akan dilengkapkan dengan penerimaan suara dan video sambil kita bercakap.
Berbalik kepada cadangan pelajar boleh bawa telefon bimbit, biarlah kita beri masa pihak Kementerian buat ujian untuk tempoh tertentu, kerana ada juga baiknya, seperti kita boleh menghubungi anak-anak kita terutama yang belajar dan tinggal di asrama-asrama sekolah. Pihak Kementerian boleh buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh semasa penggunaan telefon bimbit disekolah. Anak-anak yang pra sekolah dan masih belajar di darjah satu hingga tiga, tidak perlu bawa telefon bimbit ke sekolah, khuatir tercicir atau di ambil murid lain, jika mereka letak dalam beg sekolah. Kalau pencil atau buku kerap hilang ini kan pula telefon bimbit.
Berkenaan harga telefon yang mahal, tidak dinafikan terdapat model telefon yang mencecah harga ribuan ringgit yang dilengkapi aplikasi canggih. Untuk dibawa kesekolah tidak payahlah bawa yang mahal-mahal, apa yang boleh kita benarkan anak kita bawa telefon bimbit yang murah yang terdapat dipasaran.
Kepada pelajar yang tidak mampu membelinya, anak kita boleh kongsi telefon itu kepada kawan untuk panggilan kepada ibubapa mereka jika balik lambat dari sekolah jika ada kelas tambahan atau aktiviti sukan. Memang telefon bimbit ada keburukannya jika salah guna pakai atau penambahan perbelanjaan untuk membeli "top-up" disamping duit saku sekolah. Bagi anak-anak orang berada tidak menjadi masalah tetapi bagi orang berpendapatan sederhana dan susah, agak perit juga. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak ramai yang bersekolah. Untuk itu kita had kan pembelian "top-up" untuk tempoh setiap seminggu atau sebulan atau kita cadangkan pada pihak penyedia perkhidmatan adakan pakej "top-up" untuk pelajar dengan harga seperti RM1, RM2, RM3 & RM4 untuk panggilan suara dan sms.
Khamis, 26 Julai 2012
Bonus Raya
Syukur kepada hadrat Allah swt kerana penjawat awam telah diberi setengah bulan bonus setengah bulan gaji. Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian ini. Dengan pemberian ini dapatlah mereka pergi membeli belah bersama-sama keluarga dan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah. Pesara-pesara kerajaan juga tidak ketinggalan dapat juga Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Isnin, 23 Julai 2012
Perginya seorang pencinta Zoo dan Seniman
Kalau kita susur lebuhraya mengikuti Lebuhraya MRR2 dari arah Cheras menghala ke Ulu Kelang, Kuala Lumpur, pasti kita terpandang satu pandangan yang menarik ditengah-tengah jalan ini terutama pada waktu petang. Pandangan ini adalah burung-burung bangau putih yang sedang bertenggek diatas tiang-tiang lampu. Kadang kala burung-burung bangau ini akan berterbangan dengan satu gaya yang cantik. Burung-burung ini seolah-olah menyambut orang ramai yang datang atau melalui Jalan Genting Kelang berhampiran Zoo Negara. Sebut saja mengenai Zoo Negara ini, kita akan merasai sedih dengan perginya Allahyarham Datuk Ismail Hutson seorang pencinta haiwan yang juga pada masa hidup beliau sebagai Presiden Persatuan Zooligical Malaysia dan juga seorang seniman yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun. Beliau telah memberi banyak jasa kepada Zoo Negara Malaysia dengan melakarkan sebagai salah satu tempat tarikan kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT dan diletakkkan bersama-sama orang beriman. Amiin.
Jumaat, 20 Julai 2012
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433
Salam ceria untuk pembaca setia blog abang ngah. Hari ini adalah 30 Syaaban 1433 bersamaan 20 Julai 2012. Mulai besok semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan yang diberkati. Ini bermakna kita akan mula berpuasa yang diwajibkan keatas kita. Syukur alhamdulilah Allah swt memberi kesempatan kepada kita bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun ini. Abang ngah ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat selamat berpuasa kepada rakan-rakan baik di Malaysia dan berada diluar negeri.
Sekian. Selamat menikmat juadah apabila berbuka nanti dan jangan juga mengucapkan syukur alhamdulilah kepada Allah swt yang memberi kita rezeki dan dipanjangkan umur.
Langgan:
Catatan (Atom)