Rabu, 4 Disember 2013

Kuching


Hi! Ketemu kembali. Lama juga saya tidak buat posting dalam blog ini sejak balik dari Mekkah. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang saya lalui. Ada yang suka dan tidak kurang juga yang duka. Kali ini saya buat posting yang pendek-pendek saja. Tajuk kali ini adalah kuching kesayang saya. Namanya Chomel. Tapi lama-lama kami panggil saja Omei sebab dia sudah besar. Omei kami jumpa di depan pintu pagar rumah pada jam 12.00 tengah malam masa dua tahun yang lepas. Turun dari kereta kami terdengar bunyi kuching mengiau-giau, lalu kami mencari dimana suara itu. Cari punya cari terjumpalah Omei di dalam parit. Saya berkata pada isteri, "kesian nya" lalu kami letaknya di depan pintu dan terus masuk rumah. Pada keesokan harinya kami buka pintu, ternampaklah Omei didepan muka pintu menunggu dengan setianya. Alangkah terkejutnya kami, lalu kami membawanya masuk rumah. Sejak hari itu, Omei menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Kegemaran Omei adalah makan roti blue berry, dodol selain makan nasi dan ikan. Kalau kami pergi ke pasar, tidak lupa kami belikan ikan dan roti blue berry di stesyen minyak. Omei sangat garang tetapi manja. Dia suka tengok tv. Rancangan kegemaranny adalah cerita kartun Tom & Jerry. Pada satu hari, Rancangan Master Chef  Siri kedua episod terakhir sedang berlangsung, beria-ia ia tengok tv. Mainan kegemaran nya adalah kereta kecil kawalan jauh. Itulah cerita serba sedikit tentang Omei. Tetapi kini Omei telah "pergi" untuk selama-lama nya sebab sakit. Puas kami hantar dia berubat, tapi doktor kata penyakit kuching itu, setakat ini belum ada ubat lagi. Tidak perlulah saya sebutkan apakah penyakit itu.  Selama dua minggu keluarga kami diselebungi kesedihan. Selang dua minggu Omei pergi, Tuhan telah hantar tiga ekor kuching lagi untuk pengubat rindu. Satu ibu dan dua anak kuching. Namanya Kelei, Tommy dan Jimie. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami hantar ketiga-tiga ekor kuching ini ke Klinik untuk ambil suntikan disambil kami sapukan Magnetic Oil sebab orang cakap bila disapu di telinga, kuching akan cergas dan diletakkan juga dua-tiga biji buah goji kering dalam minuman. Gambar diatas adalah gambar kenang-kenangan Omei sedang dipeluk oleh anak perempuan saya.

Sekian, bye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan