Rabu, 27 Februari 2013

Maaf kan Saya


Assalamualaikum kepada tetamu tetamu blog ini yang dihormati. Saya kira sudah lama tidak membuat entri sejak post yang terdahulu. Yang sebenarnya dalam empat lima bulan yang lepas banyak juga saat saat manis yang lalui untuk kongsi bersama. Kenangan yang paling manis adalah dapat berjumpa dengan bersalam dengan seorang penceramah dakwah yang sangat terkenal dalam TV9. Walaupun dapat meluangkan waktu hanya selama 3 jam untuk mendengar ceramahnya, tetapi sudah indah sekali. Beliau sungguh lemah lembut dan peramah sewaktu menyampaikan ceramah. Para hadirin waktu itu, ada yang tua & muda, Pak Cik, Mak Chik. Adik-Adik, tetapi beliau akan menyampaikan ceramahan dengan penuh tetliti dan sopan. Harap harap Jabatan tempat saya bekerja akan menjemputnya sekali lagi. Sehingga akhir hayat, saya tidak dapat dilupakan saat saat manis itu. Biarlah saya tidak memberitahu siapa pendakwah itu. Untuk tidak melepaskan peluang saya sempat bergambar kenangan bersamanya. Mana lah tahu, masa tidak akan kembali lagi.

Tetamu-tetamu yang dihormati. Sering kali saya mendapat panggilan telefon dari pelanggan-pelanggan bertanya berkenaan produk goji. Tetapi maafkan saya, kerana dimaklumkan produk Goji seperti Goji Classic, Goji More tidak keluarkan lagi. Oleh itu saya tidak dapat dapat membekalkan lagi kepada tuan-tuan yang senantiasa setia kepada goji. Disamping goji, ada juga satu dua produk keluaran syarikat lain untuk kegunaan kesihatan rumah tangga, bagaimana pun biarlah saya guna sendiri. Untuk sementara ini saya tidak berniat untuk menjualnya di pasaran.

Tetamu-tetamu yang dihormati. Benarlah kata penulis dalam LAW OF ATTRACTION (HUKUM TARIK MENARIK), jika kita berkesempatan jumpa dengan orang yang terkenal atau alim, AURA yang terdapat pada dirinya, lebih-lebih lagi bila kita dapat bersalam dengannya, lambat laun AURA itu sedikit sebanyak akan mengalir pada tubuh kita. Ini kerana Para Ulamak dan Ustaz-Ustaz yang menyampai suruhan ugama Islam adalah pewaris para Nabi. Insyaallah tidak sampai sebulan dari sekarang, saya akan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Madinah dan Mekkah. Kata orang ini adalah rezeki pemberian Allah kerana diluar jangkaan & dibiayai oleh adik & adik ipar saya sendiri. Mudah-mudah rezekinya akan bertambah limpah ruah selepas ini. Oleh itu saya mohon ribuan ampun, maaf kepada para pembaca, jika selama ini, terdapat kesilapan tutur kata dalam entri yang lepas-lepas juga kepada Network-Network tidak kira dimana berada yang mengikuti blog goji more dan minta halalkan satu sen dua sen yang termakan semasa urusniaga. Doakan saya selamat pergi ke Tanah Suci dan selamat kembali ke Malaysia begitu juga saya doakan kesejahteraan tuan puan. Waasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan