Baru-baru ini, Abang Ngah telah pergi ke majlis konvo anak saudara di Universiti Putra Malaysia. Disana kami dapat melihat ramainya orang menghadiri majlis konvo untuk cucu, anak, suami, isteri, anak buah dan sebagainya untuk mengambil diploma dan ijazah. Kami amat senang hati melihat anak-anak Malaysia semakin maju dalam bidang pelajaran. Semuanya tersenyum dan gembira. Abang Ngah pun menanam cita-cita untuk menghantar anak-anak ke menara gading jika ada peluang atau rezeki suatu hari nanti. Cuaca pada hari itu tidaklah panas, cuma redup saja. Sebahagian ibubapa dan sanak saudara menunggu dibawah khemah atau dibawah pokok besar dengan penuh sabar. Manakala sebahagian lagi hadirin telah memasuki dewan untuk menyaksikan upacara gilang gemilang penyampaian ijazah. Mujur juga ada para peniaga menjual makanan dan minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
Sedang kami menanti dibawah khemah, Abang Ngah telah di sapa oleh seorang Pak Cik yang juga sedang menunggu cucunya untuk mengambil ijazah. Kami pun bertukar-tukar bicara dengan bertanya khabar datang dari mana, asal usul, masih bekerja ke dan dsbnya. Pak Cik asal dari Selatan Johor lalu ia bertanya umur saya dan masih berkerjakah saya. Saya memberitahunya, saya ini dalam lewat 50an. Lalu, saya bertanya pula, berapakah pulak umurnya? Pak Cik suruh saya menekanya, lalu saya meneka dalam 60an. Pak Cik tu tergelak, kerana pada pandangan saya, umurnya masih muda lagi. Jawap Pak Cik, "Umur Pak Cik dah lebih 70an, anak". Lalu terkejut saya."Wah! Pak Cik ni masih nampak muda lagi dan jalan pun masih steady, tiada pakai tongkat. Gaya berjalan pun Pak Cik ni macam orang yang sudah bersara bekerja atau pencen, segak dan bergaya. Sekali pandang macam Tan Sri-Tan Sri atau Datuk-Datuk. Tersenyum Pak Cik itu. Saya orang Kampung saja. Apa rahsia dan amalan Pak Cik? Jawap Pak Cik, "Pagi-pagi setelah bangun pagi Pak Cik ambil air sejuk terlebih dahulu."
Satu lagi amalan Pak Cik ialah mengamalkan minum ekstrak "Goji Yumberry" sejak dua tahun lalu. Tiap-tiap hari ambil 1 sachet untuk buat air. Terkedu betul saya dibuatnya, setelah mendengar penerangan Pak Cik tadi. Dengan serta merta teringatlah saya, al-kisah "Seorang Raja Ningxia dan Seorang Perempuan Muda yang memukul cucunya".
"Ceritanya perempuan muda ini dah berusia ratusan tahun, tapi wajahnya sangat jelita dan muda. Lalu, kebetulan seorang Raja Ningxia dan pengikutnya sedang memburu, terserempak dengan perempuan ini sedang memukul seorang tua. Raja Ningxia ini bertanyalah mengapa ia memukul orang tua itu. Perempuan muda itu menjawap, "orang tua itu adalah cucunya". Raja Ningxia sangat hairan dan bertanya lagi..berapakah umurnya. Perempuan itu menjelaskan, usianya dua ratus tahun lebih. Lantas Raja Ningxia bertanya, apakah amalannya yang membolehkan ia nampak muda dan cergas. Amalannya ada memakan buah Goji segar setiap hari. Dengan segera Raja Ningxia menitahkan supaya rakyat Ningxia mengamalkan memakan buah Goji sejak hari itu. Begitulah ceritanya."
Bagaimana pun kepada semua pembaca blog, harap maaf, kerana saya tidak mengambil gambar Pak Cik itu. Untuk pengetahuan semua, Pak Cik dari Johor ini telah mempunyai seramai 6 orang anak dan 22 orang cucu dan masih lagi steady hingga sekarang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan