Selasa, 14 Disember 2010

Amalan harian

Baru-baru ini, Abang Ngah telah pergi ke majlis konvo anak saudara di Universiti Putra Malaysia. Disana kami dapat melihat ramainya orang menghadiri majlis konvo untuk cucu, anak, suami, isteri, anak buah dan sebagainya untuk mengambil diploma dan ijazah. Kami amat senang hati melihat anak-anak Malaysia semakin maju dalam bidang pelajaran. Semuanya tersenyum dan gembira. Abang Ngah pun menanam cita-cita untuk menghantar anak-anak ke menara gading jika ada peluang atau rezeki suatu hari nanti. Cuaca pada hari itu tidaklah panas, cuma redup saja. Sebahagian ibubapa dan sanak saudara menunggu dibawah khemah atau dibawah pokok besar dengan penuh sabar. Manakala sebahagian lagi hadirin telah memasuki dewan untuk menyaksikan upacara gilang gemilang penyampaian ijazah. Mujur juga ada para peniaga menjual makanan dan minuman untuk menghilangkan lapar dan dahaga.

Sedang kami menanti dibawah khemah, Abang Ngah telah di sapa oleh seorang Pak Cik yang juga sedang menunggu cucunya untuk mengambil ijazah. Kami pun bertukar-tukar bicara dengan bertanya khabar datang dari mana, asal usul, masih bekerja ke dan dsbnya. Pak Cik asal dari Selatan Johor lalu ia bertanya umur saya dan masih berkerjakah saya. Saya memberitahunya, saya ini dalam lewat 50an. Lalu, saya bertanya pula,  berapakah pulak umurnya? Pak Cik suruh saya menekanya, lalu saya meneka dalam 60an. Pak Cik tu tergelak, kerana pada pandangan saya, umurnya masih muda lagi. Jawap Pak Cik, "Umur Pak Cik dah lebih 70an, anak". Lalu terkejut saya."Wah! Pak Cik ni masih nampak muda lagi dan jalan pun masih steady, tiada pakai tongkat. Gaya berjalan pun Pak Cik ni macam orang yang sudah bersara bekerja atau pencen, segak dan bergaya. Sekali pandang macam Tan Sri-Tan Sri atau Datuk-Datuk. Tersenyum Pak Cik itu. Saya orang Kampung saja. Apa rahsia dan amalan Pak Cik? Jawap Pak Cik, "Pagi-pagi setelah bangun pagi Pak Cik ambil air sejuk terlebih dahulu."

Satu lagi amalan Pak Cik ialah mengamalkan minum ekstrak "Goji Yumberry" sejak dua tahun lalu. Tiap-tiap hari ambil 1 sachet untuk buat air. Terkedu betul saya dibuatnya, setelah mendengar penerangan Pak Cik tadi. Dengan serta merta teringatlah saya, al-kisah "Seorang Raja Ningxia dan Seorang Perempuan Muda yang memukul cucunya".

"Ceritanya perempuan muda ini dah berusia ratusan tahun, tapi wajahnya sangat jelita dan muda. Lalu, kebetulan seorang Raja Ningxia dan pengikutnya sedang memburu, terserempak dengan perempuan ini sedang memukul seorang tua. Raja Ningxia ini bertanyalah mengapa ia memukul orang tua itu. Perempuan muda itu menjawap, "orang tua itu adalah cucunya". Raja Ningxia sangat hairan dan bertanya lagi..berapakah umurnya. Perempuan itu menjelaskan, usianya dua ratus tahun lebih. Lantas Raja Ningxia bertanya, apakah amalannya yang membolehkan ia nampak muda dan cergas. Amalannya ada memakan buah Goji segar setiap hari. Dengan segera Raja Ningxia menitahkan supaya rakyat Ningxia mengamalkan memakan buah Goji sejak hari itu. Begitulah ceritanya."

Bagaimana pun kepada semua pembaca blog, harap maaf, kerana saya tidak mengambil gambar Pak Cik itu. Untuk pengetahuan semua, Pak Cik dari Johor ini telah mempunyai seramai 6 orang anak dan 22 orang cucu dan masih lagi  steady hingga sekarang.

Jumaat, 19 November 2010

Hujan turun

Dalam 2 -3 hari ini, hujan, turun dengan lebatnya dibeberapa buah negeri. Pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi banjir bagi kali kedua tahun ini. Sambil membelek-belek laman sesawang terdapat berita yang mengharukan iaitu terdapat segelintir orang yang tidak suka hujan turun sehinggalah mereka membuat 'posting' didalam laman sosial.
Mereka menyatakan 'saya tidak suka hujan', 'saya tidak suka hujan'. Hujan bemaksud membawa air  turun dari langit untuk kegunaan manusia sejagat. Bila air hujan turun, ternakan-ternakan peliharaan, haiwan-haiwan berkeliaran, tumbuhan-tumbuhan akan mendapat faedah dari hujan tersebut. Tidak dinafikan, jika hujan turun dengan lebat sekali akan membawa bencana kepada bumi seperti tanah runtuh dan banjir kilat atau banjir besar. Tetapi bagaimana pula kalau hujan tidak turun untuk beberapa minggu atau bulan. Empangan dan sungai akan menjadi kering kontang. Dengan apa kita hendak minum atau membuat masakan. Adakah kita hendak minum oren tiap-tiap hari. Oren pun diperbuat dengan air dan dicampur dengan pati buah-buahan.
Marilah kita renung sejenak, hujan turun itu adalah rahmat dari Allah untuk hambanya dengan tidak mengira apa agama sekalipun. Kita dibumi Malaysia masih lagi bernasib baik dan bertuah, berbanding dengan jiran tetangga kita disebelah negara dengan gegaran gunung berapi yang berjumlah 19 buah yang masih aktif untuk mengeluarkan lahar yang amat panas. Kalau setakat hujan turun kita masih boleh menggunakan payung untuk kemana tempat hendak ditujui, tetapi bagaimana pula kalau debu dan lahar panas yang turun, dengan apa pula kita kita hendak pakai untuk melindungi diri kita seperti jiran kita yang alami. Fikirkan lah! 

Rabu, 20 Oktober 2010

Buah Goji Segar


Untuk pertama kali dalam seumur hidup, saya dapat merasai kenikmatan buah goji segar yang sebenar. Bukan nya banyak cuma sebiji sahaja. Tinjau punya tinjau dekat tingkap melihat pokok goji kesayangan yang ditanam hampir dua tahun lalu, ternampak sebiji buah goji yang sedang masak ranum. Apa lagi, main kepalang suka nya hati. Setelah disimpan beberapa hari, saya mengambil keputusan untuk memetik buah goji itu. Rasanya manis dan sedap. Harap-harap pokok goji ini dapat mengeluarkan buah yang lebat dilain kali. Yum...Yum...Yum sedapnya. Inilah buah goji yang dimaksudkan...

Khamis, 1 Julai 2010

Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia

Goji Ningxia mengandungi...

- 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup.
- 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang
  jarang-jarang ditemui dalam makanan.
- 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
- Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid, termasuk
  Beta-Karoten (sumber yang  lebih baik meskipun karot)
- Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan.
  Buah Goji paling kaya dengan 
sumber  karotenoid berbanding dengan 
  semua jenis makanan yang ada.
- Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
- Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
- Vitamin E, jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya
  di temui
dalam bijian dan benih.
- Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol
  juga merendahkan kolestrol dan  digunakan untuk merawat masalah
  seksual, mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
- Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan
  hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf.
- Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan
  darah,  melegakan ketidak keselesaan ketika haid dan digunakan dalam 
  rawatan kanser servik.
- Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis
  leukimia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping
  meningkatkan sistem imunisasi.
- Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline,
  sebatian yang mententeramkan ketakutan,
meningkatkan memori, 
  meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati 
  berlemak  (fatty liver).
  Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas
  tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu
  faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
- Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides)
  terbukti sebagai glykokonjugat,
bermaksud merupakan sumber
  gula yang perlu (essential cellsugars) yang luar biasa
  (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose)
  yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi 
  intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin  merupakan sumber 
  glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!

Khamis, 1 April 2010

Burung Menyanyi

Kebiasaanya kita mendengar burung terkukor menyanyi. Kor, kor, kor. Apakata giliran ini, kita tukar selera pulak. Kita mendengar giliran burung murai menyanyi. Sedap pulak suaranya. Pagi-pagi hari yang segar, ia menyanyi dengan gembiranya, tak henti-henti. Mungkin ia panggil kekasihnya sampai lah datang. Kalau orang lelaki yang telah berumah tangga menyanyi atau bersiul-siulan dipagi-pagi hari, paham lah bro, apasal abang tu gembira sangat. Tahu-tahu lah sendiri, lebih-lebih lagi mereka yang telah pernah perkena minuman kesihatan ekstrak Goji pada sebelah malam hari. Bagi tuan/puan jika tengah duduk boring-boring, bolehlah dengar 'Burung Menyanyi' dari video klip pendek ini. Kalau nak 'live' lagi kenalah cari burung murai kat pokok kelapa, pokok rambutan atau tiang-tiang lampu.
Selamat mendengar dan berhibur....Tweet, tweet, tweet, tweet..