Ini bapa mertua saya Ayahnda Nokhman Kemat. Orangnya tidak pernah duduk diam, ada saja kerja yang nak dibuat. Belakang rumah penuh dengan pokok sayur-sayuran yang ditanam, pokok jagung, lada (cili), timun, serai, betik, buah labu semuanya ada. Waktu pagi bekerja mengusahakan ladang kelapa sawit. Sambil bekerja diladang dibelanya lembu secara sambil-sambilan. Adalah dua tiga belas ekor lembu. Sekali-sekala bila kami bercuti kami balik kampung, abang turut serta pergi ke ladang untuk tengok lembu yang cantik ini. Tengoklah anak-anak lembu ini sedang menikmati makanan yang dibawa dari rumah. Sambil itu anak lembu ini diberi kicap dan dicampur dengan garam.
1...2...3 Tik. Haa..inilah antara lembu yang di pelihara. Namanya Zaim, diambil sempena nama anak buah saya Mohd Zaim. Kalau di panggil Zaim, Zaim, Datanglah ia dekat.
Tapi awas, kalau ia tak kenal orang, akan di tanduknya! walaupun belum tumbuh tanduk. Umbok...umbok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan