Hari ini adalah hari Khamis. Semasa abang ngah memandu dalam perjalanan ketempat kerja, saya memasang radio untuk mendengar lagu dan berita semasa. Dalam slot itu abang ngah telah terdengar seorang DJ mengajukan kepada para pendengar apa kah "VISI" anda hari ini. Apa kah kita telah mencapainya atau belum. Lalu abang ngah pun teringatkan semasa dulu seorang pakar motivasi ada menyatakan jika anda ada sebarang visi kecil mahu pun besar, tuliskan diatas kertas dan simpankan dalam dompet anda. Pada masa itu abang tidak berapa paham apakah maksud tersirat pakar itu berkata. Di ulangi tuliskan sebarang visi atas kertas anda dan simpankan dalam dompet. Rupa-rupanya maksud tersirat ayat itu adalah supaya kita menghayati apa yang kita hajatkan (seperti kita telah tuliskan) . Kemudian kita panjatkan visi atau harapan, hatta untuk membeli kereta baru, kepada hadrat Ilahi pencipta kita sambil berusaha. Dapat tak dapat kita serahkan kepadanya sebab dia berkuasa menentukan segalanya.
Namun yang pasti andai kata hajat kita belum tercapai, jangan cepat berputus asa. Teruskan panjatkan doa ke hadrat Ilahi. Alam Semesta akan digerakkan untuk memenuhi hajat anda, bila kita telah di cintai oleh nya iaitu Allah swt. Sebagai contoh bila kita telah mencintai seseorang, hee...hee...hee.. kita akan memberi sesuatu yang dia minta. Kita memberi bunga dan bermacam-macam hadiah. Begitulah bila Allah telah mencintai kita, kita akan dapat bila kita panjatkan doa seperti kata seorang ustaz menyampaikan dalam satu ceramah agama. Oleh itu tulis lah Visi Anda hari ini. Sekian.
Kemaskini: Bagaimanapun untuk menjayakan Visi ini, Anda memerlukan kekuatan yang luar biasa, iaitu kekuatan mental, sebabnya ianya seolah-olah macam dalam cerita Mat Jenin. Barangkali Anda akan diuji untuk mengukur tahap keimanan dan kesabaran kita kerana ianya berbeza dengan pesekitaran yang telah biasa kita lalui sejak puluhan tahun lamanya. Teknik visi ini baru dibongkar secara luas sejak beberapa tahun kebelakang ini dan tidak di ajar oleh sesiapa pun atau dirahsiakan sebelumnya. Pada lazimnya, tiap-tiap pagi kita bangun dari tidur setiap pagi, bersiap sedia untuk pergi kerja untuk mencari nafkah. Setelah dapat duit gaji, itu baru lah kita berfikir-fikirkan apa yang patut dibeli untuk keluarga dan diri kita. Kalau berniaga lain lah, hari-hari kita dapat duit. Itu pun ada pasang surut nya. Satu contoh yang boleh diberi oleh saya alami, pada satu hari selepas bangun dari tidur, Anda bangkit dari tidur, Anda ucapkan syukor alhamdulillah sambil tersenyum kepada hadrat ilahi kerana masih memberi nafas kita kita. Pada keesokkan, pada pagi yang sama, anda bangun dari tidur, sambil mengeliat sertanya berkata malasnya akuu, boring lah untuk pergi kerja....Lihatlah perbezaan 'mood' sangat ketara yang berlaku pada hari anda bangkit dari tidur hingga ke petang hari.
Berlawanan dengan konsep Visi, kita pasangkan dulu niat apa yang kita inginkan, kemudian kita berusaha dan mencari duit sambil berdoa jika hajat itu terlalu besar untuk mendapatkannya. Doa itu merupakan satu energi yang di angkatkan ke langit untuk dipenuhi. Seperti kata Pakar Motivasi dari Indonesia, Everything is Energy, Tiap-tiap sesuatu adalah energi. Percayalah satu keadaan yang luar biasa (Seluruh Alam Semesta) akan digerakkan tanpa disedari untuk membantu anda mendapatkan serta memenuhi apa yang dihajati samada cepat atau lambat sesuai dengan prasangka Anda terhadap Allah swt.
Secara jujur untuk mengamal teknik visualisasi ini pada buat permulaan nya terasa agak sukar. Ini kerana mood kita kadang kadang naik, kadang kadang turun, disebab oleh keadaan persekitaran lebih-lebih lagi apa yang kita ingin capai belum di penuhi oleh pencipta kita. Tetapi apabila anda mula dapat merasai untuk mendapatkannya baik perkara kecil mahupun besar, segeralah kejarnya kerana Alam Semesta tidak pernah menunggu walaupun sesaat pun.
Walaahua'lam.