Selasa, 23 Oktober 2012

Jaringan Pemasaran


Hai bertemu kembali posting kali ini. Lama juga abang ngah tak tulis sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Ikutkan hati banyak juga nak tulis pasal perkembangan di tanah air dan antarabangsa. Sekali kala ada juga kawan-kawan buat panggilan bertanya kan pasal produk goji atau pokok goji. Dulu ada juga abang ngah tanam pokok goji. Mula-mula awal penamanan pokok goji ini hidup subur. Alangkan seronoknya. Bila balik kerja terus menjengah pokok gaji yang terdapat di jendela, terutama apabila mengeluarkan bunga dan buah . Tapi lama lama pokok ini hanya boleh bertahan sehingga 3 tahun sahaja. Sempat juga merasa 3 hingga 5 biji buah goji yang masak ranum. Sedap juga rasanya, seakan-akan buah 'cerry' yang terdapat di Malaysia. Abang ngah tak tahu kenapa pokok goji ini layu, kering dan terus mati. Mungkin pokok ini berkehendakan udara bersih segar dan tempat yang sejuk tidak seperti tempat asalnya iaitu pendalaman Negeri China.

Sejak abang ngah mencebur diri dalam MLM ini, banyak abang ngah dapat kawan-kawan dari segenap pelusuk tanah air. Masa itu abang ngah pakai Laman web sendiri siap dengan domain dan hosting sendiri. Selama kecimpung dalam MLM ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh. Ada yang bagi semangat dan tidak kurang ada yang bagi sindiran atau untuk melemahkan semangat. Yang sedapnya yang untuk melemahkan semangat adalah mereka yang tidak pernah bercimpung dalam MLM.

Memang benar dalam perniagaan MLM ini, memang terdapat skim-skim cepat kaya yang salah gunakan nama MLM. Awal-awal gemilangan perniagaan MLM ini cukup hebat, terdapat puluhan ribu ahli yang berkecimpung dalam berbagai syarikat. Mereka ini cukup aktif dengan mencari ahli-ahli baru. Mereka menjual dan menaja, Mereka menjual dan menaja. Tak kenal penat siang dan malam. Mereka akan pergi mencari ahli baru walau pun untuk membuat promosi sekotak sabun atau biskut. Dalam MLM ini, siapa yang rajin menjual dan mecari ahli baru, dia lah yang berjaya. Tak kiralah siapa yang masuk dulu atau masuk kemudian, tapi siapa yang rajin dia lah berjaya dan mendapat ganjaran. Prinsip MLM ini senang saja sebab pihak syarikat akan memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya yang berjaya mendaftar ahli baru untuk membeli produk-produk mereka. Bonus yang diberikan berdasarkan produk yang dijual dan bilangan tajaan serta menggunakan produk mereka.

Untuk membezakan MLM TULIN atau SKIM CEPAT KAYA amat mudah saja. MLM yang tulin adalah mereka yang hanya perlu berdaftar sekali sahaja seumur sehidup dengan bayaran yang amat rendah sebagai contoh RM30 hingga RM50. Itupun bayaran untuk Starter Kit (Kit permulaan) dan Katalog produk. Selepas kita mendapat Kit Permulaan bolehlah kita menjual produk kepada saudara mara atau kawan-kawan baik di pejabat atau rumah. Dari situ lah kita mendapat komisen jualan. Nak menjualnya kena tahu teknik jualan supaya pelanggan membelinya. Abang ngah ada membaca tentang seorang pakar motivasi yang amat terkenal(tak payah lah membertahu nama) menceritakan untuk menjual sesuatu produk ini bukan senang. Awal-awal penglibatan beliau untuk menjual produk syarikatnya terpaksa memujuk dan merayu sehingga menangis supaya pelanggan membeli. Itulah antara halangan serta cabaran yang terpaksa kita tempuhi supaya berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Setelah kita menyakin dan berjaya mendaftar ahli ahli baru dibawah tajaan kita, walau dimana mereka berada itulah Jaringan Pemasaran (Networking kita). Jaringan pemasaran bukan setakat kita untuk berurus niaga saja tetapi lebih untuk menambah kenalan dan silaturahim. Sebab rakan-rakan Jaringan Pemasaran mempunyai berbeza adat resam, umur, jantina dan perkerjaan. Selain dari pakat berniaga kita boleh bertukar-tukar pendapat serta pandangan.

Skim cepat kaya pula adalah, mereka yang mengenakan bayaran masuk mencecah ratusan hingga puluhan ribu ringgit. Produk-Produk mereka adalah barang-barang mewah atau berharga. Mereka menjanjikan pulangan yang cukup besar jika melabur dalam skim yang mereka anjurkan atau berjaya menarik ahli-ahli baru dengan tidak payah menjual cuma tunggu aja. Tapi sayangnya orang-orang kita tidak serik-serik dari dahulu lagi atau mudah lupa, apabila mendengar saja 'peluang baik baru', akan terus masuk dengan harapan mendapat pulangan yang lumayan dalam masa yang cukup singkat . Mungkin memang benar, terdapat perlibatan mereka yang awal betul-betul dapat pulangan yang cukup besar apabila masuk skim cepat kaya, tetapi itu adalah sebagai UMPAN untuk menarik perhatian dari 'pelabur baru' untuk mendapatkan untung cepat atau memanas kan telinga untuk masuk melabur. Kepada rakan-rakan fikirlah dahulu untuk menerima apa-apa tawaran sebelum terjebak dan WANG ANDA DIBEKUKAN kerana ini melibatkan wang yang bukan sedikit hasil dari simpanan atau pinjaman dari institusi kewangan.

Untuk berjaya marilah kita sama-sama belajar bagaimana pendatang asing berniaga secara kecil-kecilan, tetapi boleh menghantar balik wang hasil jualan. Mereka hanya menjual sayur atau buah-buah ditepi jalan. Mereka cukup cekal hati walaupun dikejar banyak kali oleh pihak berkuasa tetapi terus berniaga bila ada peluang. Cukup tahun mereka berpakat membeli beberapa ekor ternakan untuk sembelihan korban Hari Raya Haji setiap tahun. Bayangkan kalau satu ekor ternakan yang gemok harganya RM2K - RM3K. Kalau sepuluh ekor berapa pulak harganya. Itulah penanda aras yang mereka banyak wang dengan tidak perlu melabur dalam Skim Cepat Kaya atau Skim dapat duit Mudah.

Akhir kalam abang ngah mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada yang berugama ISLAM. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKHBAR.