Selasa, 19 Julai 2011

Kisah kereta terbang (The flying car)

Artikel ini dah lama abang ngah nak tulis cuma tunggu masa saja yang sesuai untuk dipaparkan. Ceritanya pasal 'Kereta Terbang'. Kereta Terbang ni bukanlah seperti kita telah tengok bro-bro kita pasang air-spoiler pada atas bonet kereta mereka, macam nak terangkat bila pandu laju. Minta maaf ya cik abang cik abang. Tetapi ini betul real punya.  Dalam internet setahun lalu telah tersiar berkenaan Kereta Terbang akan menjadi kenyataan pada masa akan datang. Pihak berkuasa The Federal Aviation Administration (FAA) telah memberi kelulusan kepada Terrafugia's Transistion, flying car atau "roadable aircraft".

Genap setahun pada hari ini telah tersiar pada dada akhbar utama bertajuk "Kereta terbang jadi realiti". Kereta terbang ini mempunyai 2 tempat duduk yang nilainya 155,000 pound (RM752,021) dan boleh meluncur laju maksimum 184km sejam. Kereta ini boleh di lipat sayapnya dan isi minyak dekat pam minyak biasa.

Nampaknya selepas ini pemain-pemain industri kereta diserata dunia akan berlumba-lumba untuk mendapatkan atau mereka cipta teknologi kereta masa depan ini. Lambat laun teknologi ini akan akan menjadi satu trend dan sampai juga ke Malaysia. Bila ciri-ciri kereta terbang ini bertambah maju dengan pemasang sistem enjin anti graviti yang lebih ringan dan bahan api yang sesuai harganya akan bertambah murah serta dijual secara besar-besaran.
Ini mungkin tidak mustahil seperti yang kita telah lihat dalam filem fiksyen Star Wars.

Untuk kongsi cerita bersama kereta terbang ini telah dicipta sejak beribu-ribu tahun dahulu iaitu zaman Nabi Noh a.s seperti yang dipaparkan laman blog sahabat kita iaitu saudara zharifalimin. Jika ini adalah benar bermakna Allah swt telah memberi kita peluang sekali lagi kepada saintis-saintis dengan memberi ilham untuk membangunkan teknologi ini setelah ia musnah dalam kejadian banjir besar seperti Tsunami masa zaman Nabi Noh a.s.

Agak-agaknya macam mana nanti keadaan lalu-lintas di udara nanti bila kereta terbang bersimpang siur diudara nanti pada masa akan datang. Mungkin ada laluan khas untuk mereka dan sistem trafik yang canggih menggunakan lampu laser.

Kalau ada kereta terbang dipasaran Malaysia nanti, terpaksa lah  pemandu pilot menjalani cara pemanduan kaedah terbaru untuk memandu kereta terbang sebab ia meliputi perjalanan jalanraya dan udara.

Senario kereta era sekarang:

Di kompleks beli belah: "Ayang, tolong tengok belakang sikit , abang nak undur kereta ni".

Senario kereta terbang masa depan:

Waktu puncak di pagi hari :"Ayang, tolong tengok sikit kat atas, kita dah nak naik udara ni".

Kesimpulan: Dengan menaiki kereta terbang pergerakan kita akan lebih pantas dari satu tempat ke satu tempat untuk urusan pergi kerja, mesyuarat, seminar, bisnes dan segalanya. Tekan suis aje terus meluncur laju....cuma jangan gayat sudah laa..

Allahu a'lam.