Isnin, 26 Oktober 2009

Mari tanam pokok Goji

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kerajinan dengan suka bercucuk tanam. Banyak pokok yang ditanam seperti pokok serai, daun pandan, pokok rambutan madu, belimbing, buah jambu batu dan tidak ketinggalan pokok bunga untuk menyerikan halaman rumah.

Bagi diri saya tidak tahu kenapalah saya suka dengan buah goji ini. Mungkin saya pernah minum air minuman buah goji yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu. Lalu saya membuat keputusan dengan membuat carian di dalam Internet untuk melihat pokok-pokok goji yang hidup subur di Negeri Ningxia, China. Begitu juga di negara-negara barat peminat goji menanam secara kecil-kecilan didalam pasu bunga dengan ketinggian pokok lebih kurang 2 meter dan mempunyai buah yang kecil. Ada juga yang menanam serta menjual pokok goji secara komersial.

Setelah membuat sedikit sebanyak penyelidikan tentang habitat kehidupan goji melalui Internet, lalu saya mengambil keputusan untuk cuba menanamnya di Malaysia kerana di katakan pokok goji boleh hidup dalam persekitaran pelbagai cuaca. Terima kasih saya ucapkan kepada webmaster & blogger yang menyiarkan tulisan foto-foto pokok goji & panduan melalui laman web. Ini sedikit sebanyak telah membantu saya, bagaimana cara untuk tanam pokok Goji.

Tanpa membuang waktu saya ingin kongsi dengan tuan-puan bagi  berminat untuk menanam pokok goji. Mulai sekarang tuan-puan bolehlah mulakan projek ini dari sekarang, kerana pokok goji akan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 4 tahun untuk mengeluarkan buahnya yang berwarna merah .

Alat-Alatan yang diperlukan:-
1 - Garpu Tanah.
1 - Skop Tanah.
1 - Bekas Pasu Bunga (diperbuat dari tanah liat / plastik) Polibeg.
100 - 200 gram Benih Goji.
1 bag tanah merah.
1 bag tanah hitam.


Cara-Cara Penyediaan.


1. Proses Percambahan.
(Buah goji kering hendaklah direndam dalam air selama 1 malam. Dalam separuh amalan peminta goji, buah goji kering disimpan terlebih dahulu didalam peti sejuk terlebih dahulu untuk menguji daya ketahanannya. Dalam proses pencambahan ini buah goji kering akan mengembang setelah direndam dalam air semalaman. Kemudian buah goji kering hendaklah dibasuh dengan teliti supaya biji benihnya tidak terbuang kedalam sinking.)





Buah Goji Kering



Buah Goji yang direndam semalaman


2. Pengasingan Biji Benih.

(Biji buah goji dipilih satu persatu. Disaat ini tahap kesabaran diuji untuk memilihnya)




Biji benih goji di pilih dengan teliti dan cermat



3. Penyediaan Tapak Semaian.
(Sedia pasu bunga baik di perbuat dari plastik atau tanah liat. Pasu ini hendaklah mempunyai lubang kecil dibawah pasu bunya, supaya air tidak bertakung apabila kita menyiram pokok goji kelak. Kemudian tuangkan tanah merah & hitam sama banyak. Tanah ini kita boleh membelinya di kedai-kedai yang menjual pokok bunga.)





Benih goji disemai didalam bekas pasu plastik 

4. Semaian benih.(Biji-biji buah goji disemaikan dengan teliti dan ditanam sekurang-kurang sedalam 1/2 inci kedalam tanah.)

5. Tunasan Baru(1 minggu kemudian tunasan anak pokok akan memula membesar & anda hendaklah menyiramnya dengan penuh teliti supaya tunasan pokok ini tidak akan musnah - Disyorkan anda menggunakan 'alat spray baju' untuk menyiramnya)


Tunasan anak pokok goji akan mula kelihatan pada hari ke 7 atau 10.
6. Pokok goji mula membesar pada usia 10 hari. Pada usia pokok goji 2 hingga 10 bulan pokok goji hendaklah senantiasa diawasi & dikawal dari serangan penyakit.

Selasa, 6 Oktober 2009

Sweet Comel

Mari kita jalan-jalan ke Taiping, Perak. Kali ini kita singgah sebentar ke Bukit Merah Lake Town Resort. Sambil bawa keluarga bersiar dan mandi manda kami rehat seketika di Mini Zoo kepunyaan Bukit Merah Lake Town Resort setelah penat mandi manda. Jalan-Jalan punya jalan tibalah kami kepada comel ini. Yang menariknya, Si Comel ini tidak takut kepada orang. Bidalan melayu "malu malu kucing". Tapi ini bukan Sang Kuching. Nak tahu kenapa? kalau anda ada bawa bekalan "kuaci tikus" atau kekacang, letaklah sedikit pada telapak tangan dan hulurkan pada Si Comel ini. Pasti dia akan ambil dan pastu lari membawa makanan ke dahan pokok lain. Tak lama kemudian datang kembali dan mintak lagi. Tak percaya lihatlah video klip pendek ini. Macam mana pun jangan lah takut, kerana ia tidak mengigit!